The Sun 2

Friday 31 May 2013

Trauma...

Assalammualaikum...

Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi nikmat untuk terus hidup di dunia ini...

Rabu malam khamis yang lepas selang 3 bilik dari bilik aku telah dimasuki pencuri...
Serius takut sangat-sangat walaupun bukan bilik kiteorang yang kena...
Tapi tak tau la kenapa majoriti semua orang malam 2 x sedar,
Bilik yang kena masuk pencuri pun daripa 20 orang hanya seorang sahaja yang sedar...
Yang peliknya lepas pencuri 2 keluar semua orang tersedar dalam masa yang sama...

Adakah kami telah dipukau,
Selalunya bila bising-bising kiteorang selalunya senang terjaga,
Tapi malam 2 semua tak terjaga,
Tapi yang paling mengerikan pencuri 2 bawak parang,
Salah sorang daripa budak bilik 2,
Tangan die terluka akibat kene parang 2...

Takut sangat,
Dah la pencuri tu 3 orang,
Nasib baik lah mereka hanya mencuri n tak apa-apa kan pelajar wanita...
Barang boleh diganti,tapi nyawa dan harga diri tiada pengganti... 

Ni pesanan untuk korang:

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah kita betul2 dikunci. Kalau boleh check la 2,3 kali
2. Kunci bilik tido kita dari dalam bila kita tido.
3. Simpan apa2 senjata (bukan pistol atau senapang je) dalam bilik contohnya kayu hoki ke, yang pakcik guard pakai tu apa ke namanya? Haa cota ke. Kayu besbol ke utk masa2 kecemasan. 
4. Kunci rumah, kunci kereta dan apa jenis kunci pun, bawak masuk dalam bilik. Jangan tinggalkan kat luar cthnya kat ruang tamu. Ia menyenangkan pencuri utk mencuri kereta anda.
5. Jangan sidai pakaian luar dan dalam kat ampaian malam2. Takut hilang dan kena mandrem.
6. Simpan nombor tipon jiran terdekat. Boleh call dorang kalau ada apa2 masalah.
7. Simpan nombor telefon balai polis berhampiran.

No comments:

Post a Comment