The Sun 2

Wednesday 17 October 2012

Siti Sayang Azri...


P/S : Siti Sayang Azri...
Orang lain sibuk berbincang sal role-play , saya sibuk jugak...
Sibuk bergambar... =.="

- Ni puisi yang ke-3 daripada En. Kesayangan -

Sayang,
Ingin ku nyatakan padamu,
Alunan kasih seikhlas hatiku,
Buat dirimu yang menggamit jiwaku...

Sayang,
Aku mencintaimu dengan kesederhanaan,
Seperti sungai pada hujan,
Seperti bunga pada kupu-kupu,
Seperti laut pada daratan...

Sayang,
Kasihku padamu bukan dengan pujuk rayu,
Bukan jua punya hasrat atau tempiaskan nafsu...

Tapi kasihku padamu,
Setelus sutera,
Kasihku dihiasi dengan sentuhan dan belaian mesra,
Indah...Lebih indah dari yang pernah kau bayangkan...

Sayang,
Aku mencintaimu dengan kesederhanaan,
Tidak meletup bak letusan gunung berapi,
Namun ia mengalir seperti air,
Tenang...Dalam...Dan menghayutkan...
Sesungguhnya aku menyayangimu...

Tuesday 16 October 2012

Coretan Mu Untuk Diriku...



" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanya ialah diciptakan-nya untukmu pasangan hidup dari jenismu sendiri , supaya kamu mendapat ketenangan hati dan dijadikannya kasih sayang diantara kamu . Sesungguhnya yang demikian menjadi tanda-tanda kekuasaan-nya bagi orang-orang yang berfikir " .


♥ Surah Ar-Ruum : Ayat 21 







Puisi Untuk Ku...


Buatmu yang tersayang siti fatimah:

Maafkan aku, sayang….
Tidak mengerti, memahami
Maksud tersembunyi, tersirat di hati
Seperti tak terasa apa-apa,
Bukan diperlakukan, sengaja
Atau buat-buat lupa,
Tidak disedari !

Maafkan aku, sayang….
Memungkiri kata dan janji,
Indahnya, mempersona kalbu
Manisnya impian, bagaikan madu
Terungkai sudah suatu ikatan,
Tiada lagi kata kemesraan,
Tak seperti dahulu !

Maafkan aku, sayang….
Membiarkan dirimu sendirian,
Tak bercahaya, dalam kegelapan
Tiada arah dan panduan;
Terkapar, terdampar
Menunggu dan menanti,
Sinar suria pagi !

Maafkan aku, sayang….
Jika ada rasa marah, kebencian
Berputik, tumbuh subur di kalbumu
Tiada lagi kata-kata manis, bisikan rindu;
Kita pun seperti terasing,
Lidah, kelu membisu
Harapan seperti bayangan !

Maafkan aku, sayang….
Lontarkan jauh-jauh, melayang
Resah-hati, rasa curiga
Dendam kesumat di jiwa;
Akan kucuba menghampiri,
Berikan kasih dan sayang,
Taat, setia, kasih tak berbelah bagi !

P/s : Thanks a lot my dear...

Tuesday 2 October 2012

A Letter For You,Love ♥

Awak,
Saya tak nak jadi teman wanita awak...

Saya nak jadi orang yang awak panggil isteri .

Saya tak mahu jadi pembawa luka ,
Saya nak menjadi orang yang merawat luka .

Saya tak mahu jadi penambah beban ,
Saya nak menjadi orang yang sentiasa disisi awak untuk meringankan beban.

Saya tak mahu jadi insan yang sempurna,
Saya hanya mahu menjadi orang yang bisa menyempurnakan hidup awak.

Saya tak mahu jadi pembawa duka,
Saya hanya mahu memberi awak sinar bahagia.

Kehadiran awak membuat saya tersenyum gembira.
Harap awak akan menjadi kekasih yang HALAL untuk saya...

p/s : Saya suka sangat-sangat tengok awak layan budak kecik ari 2.
Nampak sweet sangat-sangat...
Saya sayang awak...