The Sun 2

Wednesday 17 December 2014

Sometimes things will turn out to be worse than expected, u will loose the most valuable dreams and hope only to reach another new understanding, u will cry your eyes out and screaming like a numbhead loosing her mind over small fight and another fight and cry again...But then...It is not a reason to you to bail out from the relationship and keep you ass for new mates no ! Dont give up and just dont give up... A coward will... If the bread is too flat then roll it...If plain water is toooooo plain then add some colour n taste,if you cant find brooch while wearing over size shawl then pinjamlah dekat kawan...

Just dont give up...
A looser will...
Some goes to me...
I wont give up
On you
Bro cc Muhammad Azri Bin Azmee...



Aja aja fighting...

Monday 1 December 2014

In the end...

but darling,

          in the end,
          you've got to be
          your own hero,

         because everybody's
         busy 
         trying to save

                                themselves


Saturday 15 November 2014

Cukup Dahulu (Untuk Mereka Yang Tak Mahu Mengalah)

Terhinjut-hinjut tak mampu berdiri apatah lagi mahu
Mengapa dipaksa-paksa?
Perlu apa diterjah tak rela?
Sudah tahu tak mampu biar saja sampai situ
Kau takkan jauh cuma penat membuat peluh

Cukup dulu kawan ku
Kau sendiri keliru dengan apa yang dimahu
Mungkin kau perlu tunggu sampau tiba waktu
Nanti 'Dia' sendiri beri apa yang perlu
Lebih mudah begitu

Friday 14 November 2014

Sebenarnya...

Sebenarnya ada waktu,
Kita tak boleh,
Tunggu-tunggu orang capai tangan kita,
Sambut tangan kita,
Raih bahu kita,
Peluk rapat kita...

Sebab ada waktu orang susah nak faham kita,
Dengar cerita kita,
Luang masa dengan kita...

Jadi memang banyak waktu,
Kita patut belajar tepuk bahu sendiri cakap,

"Allah ada,Allah ada..."

Mahu Tak Mahu

Kita takkan dapat apa kita mahu,
Kita akan dapat apa kita tak mahu...

Kita harus mahu apa kita tak mahu,
Hingga kita tak mahu apa kita mahu...


R
e
d
h
a

Penghargaan...

Speechless,
Satu ungkapan yang boleh aku ungkapkan...

Tengah-tengah mengajar,
Tiba-tiba dapat cupcake delivery,
Dari orang yang tak disangka-sangka...

Masih ada lagi insan yang menghargai diri ini...

Alhamdulillah...


Yang rasa terharu sangat tu sebab sebelum-sebelum ni,
Semua orang akan bagi by hand,
Jumpa face to face,
Yang kali ni dah la Elfie langsung tak datang minggu ni,
And tetiba dapat suprise...


Yang buat aku rasa sampai tak tau nak cakap apa dekat parents  ni,
Sebab die tulis nama aku sorang je,
Selalu kalau dapat give macam nj,
Dekat kad akan tulis For the all Aunties....


Even Elfie jarang datang school sebab mak ayah die busy,
Tapi mak ayah die stay lagi tau macam mana nak menghargai orang yang mendidik anak die...

Thank you sangat2 Elfie n parents...
Aunty la orang paling bahagia semalam...

Monday 13 October 2014

Sinar...

Kadang-kadang,
Allah saja uji hamba dia,
Nak tengok kesetiaan hambanya...

Setiap yang berlaku pasti ada yang tersembunyi,
Cepat dengan lambat je...

Alhamdulillah...

Kalau niat kita baik,
Semua akan jadi mudah...

Tuesday 7 October 2014

Bola...

Aku bukan bola,
Untuk kau sepak ke sana ke mari...

Esok Bukan Milik Kita...

Assalammualaikum...

Engkau rasa,
Ada peluang lagi ke untuk engkau jalani hari esok?

Engkau rasa,
Ada peluang lagi ke untuk engkau makan tidur bergelak tawa bersukaria pada hari esok?

Engkau rasa,
Ada peluang lagi ke untuk engkau tebus semua khilaf engkau pada hari semalam?

JANGAN...

Jangan terlalu yakin yang hari esok engkau boleh
Ulang lakon semua yang engkau buat hari ini,

Jangan terlalu yakin yang esok hari,
Saat engkau buka mata,
Jasad engkau masih bernyawa...

Dunia cuma hanya pinjaman,
Hidup sekadar ujian,
Jadi nya usah terlalu mendongak ke langit sampai lula rumput tanah...

Selagi tuhan masih beri peluang untuk engkau bernafas,
Berbuat baiklah sebanyak banyak mungkin...
Kelak itu yang jadi bekalan,
Hapus kan dendam dengki,
Nyah kan semua nya dalam dalam...

Sebab apa?
Esok nukan milik engkau,
Bukan juga milik aku,
Tapi milik DIA...

Monday 6 October 2014

Cerita Hati...

Assalammualaikum...

Aku...
Aku...........
Tak tahu nak mula dari mana,
Tak tahu nak karang macam mana,
Tapi yang pasti saat ini,
Detik ini,
Dada aku tengah sesak,
Fikiran aku tengah sarat,
Sarat dengan pelbagai aneka cerita,
Ada cerita gembira yang boleh buat aku tersenyum bahagia,
Ada cerita duka yang boleh buat aku cengeng seperti anak kecil...

Bingung,
Bimbang,
Semua teradun bersama,
Umur semakin hari semakin meningkat,
Asyik,asyik fikir masa hadapan,
Kejap,kejap fikir masa akan datang,
Makin dewasa,
Makin kabur dengan masa hadapan sendiri,
Arghhh...

Apa perlu aku buat sekarang?
Jawapannya....
Masih bingung,
Masih buntu,
Dan masih dilema...

Arah mana patut aku tuju sekarang?
Nak kerja bagus,bagus...Tapi kerja apa?
Nak belajar tinggi,tinggi...Tapi di mana?Macam mana?
Kerja ke,belajar ke...
Semua berisiko...

Yang aku tahu dan cuba tekadkan dalam diri,
Bila suatu masa nanti,
Aku punya keluarga sendiri,
Aku tak nak anak aku hidup susah,
Tapi aku nak anak aku rasa susah...

Wednesday 1 October 2014

Harapan...

Sakit,perit...
Tu yang aku alami bila apa yang aku harap,
Hancur lebur...

Aku yang tanggung,
Bukan kau...

Kau hanya mampu berkata2,
Tapi aku yang alami,
Aku yang patah hati...

Bukan sekali tapi berkali2...

P/s: Terasa tawar hati dengan semua ini,
Tapi apa yang aku mampu hanya tersenyum untuk menguatkan diri ini...

Tuesday 30 September 2014

"Big Big World"

"Big Big World"

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much...

I can see the first leaf falling
It's all yellow and nice
It's so very cold outside
like the way I'm feeling inside

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much...

Outside it's now raining
and tears are falling from my eyes
Why did it have to happen?
Why did it all have to end?

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much...

I have your arms around me warm like fire
but when I open my eyes
You're gone...

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do do feel that
I do do will miss you much
miss you much...

I'm a big big girl
in a big big world
It's not a big big thing if you leave me
but I do feel I will miss you much...
miss you much...

Monday 29 September 2014

Degree...

Kalau kawan2 lame msj, mesti tnye...
Sambung belajar kat mana sekarang?

Senang je jawap..
Sambung kat rumah je... haha...emm emmm
Bukannye taknak sambung...
Tapi bile aku nk smbung biarlah nawaitu aku betol...
Memang niat nak cari ilmu...
Bukan sebab nak kan "degree" tu semata2 untuk show off dekat orang lain yg kau pon ade dgree jugak...
Semue nye niat...
Inshaallah oneday klau ade rezeki memang nak sangat sambung...


P/s: Aku perlukan sokongan,bukan orang yang patah kan semangat aku... =.='

Relationship...

A relationship is not how long we been together,Not how much we give or takes,Not how many times we talk...

But

Its all about how we value each other...

Sunday 28 September 2014

Tunggu Kering Nanti

Tunggu Kering Nanti

Kau kata mau jahit hati aku yang luka berdarah
Tapi makin kau jahit,makin berdarah...
Jarum itu tumpul
Atau barangkali benang terimpul...
Biar aje luka itu
Kering nanti baiklah tu...  

Bersangka Baik...

Assalammualaikum...


Sangka baik...
'One sentence' yang nampak mudah,
Tapi tak semua orang boleh buat (termasuk aku)...

Bila harini ,
Engkau toleh kanan kiri,
Orang hidup mewah,
Orang hidup megah,
Pasti kau akan bermonolog sendiri,
'Kenapa aku tidak?'

Bila harini,
Engkau lihat,
Orang lain bakal punya kerjaya yang pelbagai,
Lantas kau akan terdetik sendiri,
'Kenapa tidak pada aku?'

Dan bila harini,
Engkau dengar,
Orang lain punya cerita hidup yang mudah,
Sedangkan engkau?
Masih gusar memikirkan khabar apa lagi yang bakal tuhan kirimkan pada esok hari...

Kuncinya mudah,
Bersangka baik lah pada tuhan,
Kerana,
Masing-masing punya "bahagian",
Yang tuhan sudah "setting"kan,

Cuma...
Bila?Bagaimana?Dimana?
Cepat ke?Lambat ke?
Senang ke?Susah ke?
Semuanya masih menjadi tanda tanya...

Tuhan maha adil...
Takkan selalunya bagi engkau susah,
Mungkin disebalik kejayaan seseorang,
Ada pahit jerih yang dia terpaksa lalui tanpa engkau ketahui...
Dan mungkin disebalik kesusahan kesedihan engkau,
Ada manis bahagia yang engkau miliki tanpa orang lain rasa...

Fikir...

Antara ujian nikmat,dengan ujian kesusahan,
Yang mana engkau pilih?
Ujian nikmat yang buat engkau terus alpa...
Atau
Ujian kesusahan yang membuat engkau putus asa?
Bersangka baik lah (husnud zon),
Pada manusia mahupun sang pencipta...

Selagi tuhan mu ada,
Takkan kau tercela...

Be patient,
Good thing will come to those who wait...


Hati...

Hati...

Kadang-kadang susah nak faham hati orang...
Apa yang dia mahu?
Apa yang dia fikirkan?

Kadang-kadang teringin nak tahu,
Adakah kita salah satu yang dipertimbangkan dalam setiap keputusan...

Dekat mana kedudukan kita dalam setiap pertimbangan yang di lakukan,
Sehingga pada suatu tahap rasa putus asa untuk memahami dan di fahami...

2 planet yang berbeza,
Allah temukan keduanya kerana fitrah...

Tetapi terlampau payah untuk memahami 2 bahasa tubuh berbeza...

Bahagia itu definasi kita bukan?

Kita sendiri mentafsir maksud bahagia,
Kita sendiri melukis corak taaa,
Mengapa harus melakar derita,
Sedang itu fitrah,
Sedang itu sunnah,
Sedanh Nabi sendiri tidak mengaku umat,
Pada yang menolak perhubungan dua dunia ini...

Hei !
Apa bahagia itu kau kenal tanpa derita?
Apa harga ketawa itu kau ingat percuma tanpa air mata?

Sabarlah jiwa-jiwa yang kuat,
Kau selalu ketawa,
Sampai kau titiskan air mata,
Mengapa kau lupa saat kau ketawa gembira,
Pada ujian kebahagiaan ini,
Pada sesuatu yang sememangnya bukan kau miliki...

Pada jiwa-jiwa yang tuhan pinjamkan pada kau,
Pada nyawa yang sedang kau kandungkan,
Pada hati yang tertinggal di belakang...

Kini dunia ini bukan hanya kau...kau dan kau,
Kini dunia ini pada dia...dia...dan barulah kau...

Kita menjadi kami...

Friday 19 September 2014

...

Ade ketika,perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain.

Ada ketika,org tak hargai pun pengorbanan kita.

Ada ketika,kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain.

Ada ketika org nmpk salah kita,tapi tak nampak puncanya dari mereka.

Ada ketika kita rasa letih di atas semua ini.

Tapi suatu ketika,pasti semua ini ada jawapannya selagi memilih untuk bersabar...




Wednesday 3 September 2014

Senyum...

Bila kita cuba untuk tersenyum dalam apa jua keadaan yang kita hadapi,
Kita akan jadi semakin kuat...

Dan,
Kadang2 tanpa kita sedar kebahagiaan tu akan muncul tanpa kita sedari...


Tuesday 2 September 2014

UPU

Hmmm,
Hati rasa terus terobek,
Terobek bila ada sesetengah manusia yang tidak memikirkan perasaan orang macam aku...
(yang x dapat sambung degree)

Bukan aku salahkan takdir,
Bukan aku tak bersyukur,
Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang...

Cuma,
Jika kamu tidak mampu memberi aku senyuman,
Jangan berikan aku kedukaan...

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang Rupa-Rupanya Hujan Di Tengah Hari


Hari ni mungkin tak sama dengan esok,
Kita tak boleh menjamin apa2 pon yang akan berlaku esok hari...

Apa yang kita rasa sekarang ni,
Mungkin bukan selama-lamanya...

Apa yang mampu sekarang ni berdoa dan terus berdoa...

Apa yang aku mampu sekarang ni,
Curahkan sebanyak mana kasih sayang yang aku mampu bagi untuk orang2 yang aku sayang dan orang sekeliling aku,
Dan yang paling penting adalah aku nak bahagiakan mereka...

Aku tak mengharap kan apa2 balasan,
Cuma aku berharap ada sinar dalam hidup aku kelak...



Monday 18 August 2014

I dont know how to describe...

Ye,
Aku berbeza dengan yang lain,
Aku je yang di antara mereka belajar di kolej swasta,
Bukan seperti mereka,
Di universiti or IPTA lain yang under goverment...

Sebenarnya,
Bukan aku tak dapat apa yang dieorang dapat tapi,
Apa yang akau lalui sebelum ni adalah keputusan daripada ibu bapa,
Kehendak mereka aku turutkan,
Aku tak pernah menyesal,
Aku sentiasa bahagia dengan keputusan mereka...

Pada aku,
Dieorang lagi tau apa yang terbaik untuk aku...

Sebab,
Dari zaman sekolah dulu,
Aku selalu susah sangat dapat bantuan persekolahan dari kerajaan,
I dont know what the reason...

So,
Aku rasa aku tak layak kot berharap dengan kerajaan,
So masa aku dah masuk kolej,
Bila aku cek aku dapat tawaran sambung pengajian di IPTA,
Aku abaikan je,
Bukan aku tak teringin,
Tapi aku dah belajar sepruh jalan,
Tak kan aku nak berpatah balik,
Lagipun apa yang mak ayah aku pilih,
Tu yang tebaik untuk aku...

Dan bila aku apply untuk degree kat IPTA n aku tak dapat,
Aku dah agak dari awal lagi,
Sebab selalunya budak dari kolej swasta nak mintak IPTA susah sangat,
Walaupun result ko tip top macam mana pon or dekan setiap sem...

Budak kolej swasta ni dieorang pandang endah tak endah je...

Tapi,
Sekarang ni macam2 perasaan timbul,
Bila semua cerita pasal nak sambung belajar,
Pastu kau menyelit n tetibe takde sorang pon pedulikan apa yang ko cakap,
Apa perasaan korang?

Yela,
Aku sorang je yang tak dapat sambung,
Aku sorang je budak diploma,
Tak setaraf dengan korang...

Bukan aku tak nak,
Tapi rezeki tak memihak kat aku lagi...

Penguat aku sekarang ni adalah mak ayah aku,
Dieorang je kot yang faham aku...

p/s: Aku tak pernah salahkan takdir,aku tak pernah salahkan keputusan mak ayah aku dengan keputusan dieorang,aku tak pernah salahkan kawan-kawan aku n orang sekeliling aku,aku bahagia tengok dieorang semua dapat sambung belajar...Aku tak cemburu tapi aku pon insan biasa yang punyai hati dan perasaan...Aku ingin di mengerti dan di fahami...Aku tak harapakan belas kasihan tapi aku mengharapkan fahami aku...



Thursday 14 August 2014

You should be grateful !


Assalammualaikum,
Untuk dapt yang terbaik dalam hidup,
Sebenarnya semua orang " strongly on the own trial "...

Tak kira susah mana atau senang mana,
Bagi kita mungkin mudah tapi susah bagi dia,
Bagi dia mungkin mudah tapi bagi kita susah...

Kerana,
Untuk segaris senyuman, :)
Sambil cakap "Sure, i'm okay..."
Mungkin nampak mudah.

Tapi,

Dalam sujud dia yang lama,
Kita tak pernah tahu,
Tentang apa yang di khabarkan pada tuhan,

&

Biarpun kita rasa ujian buat kita rasa,
Tertekan,jatuh,lembik,lemah,
Tetapi bersyukur lah,
Sekurang2 nya itulah jalan,
Yang buat kita dekat dan ingat dengan kewujudan yang maha ESA.

Konklusinya mudah!
Apa yang kau ada sekarang,
Bersyukurlah,
Berbanding orang lain yang tak punya apa...





Kejayaan...

Kayu ukur kejayaan seseorang tu di ukur dari segi apa???
Setinggi mana pencapaian die orang belajar ataupun dari segi pengalaman???

Pendapat org lain semua berbeza...

Stop asking me about to future study please... T.T

Bukan aku tak nak,
Tapi rezeki aku belum ada lagi...

Susah sangat ke kalau kita dari kolej swasta nak dapat u under goverment???


Putus Asa...

Tipu la kan kalau kita cakap kita tak kecewa,
Putus asa or patah hati bila apa yang kita nak kita tak dapat...

Tapi perjalanan orang lain dan kita berbeza,
Mungkin perjalanan hidup kita sulit untuk kita hadapi sekarang,
Memang la ada terdetik perasaan putus asa,
Tetapi semua ni lebih membuatkan aku jadi lebih matang,
Lebih bijak untuk memilih sesuatu n membuat keputusan...

Tuesday 12 August 2014

Tak Semua Apa Yang Kita Nak Akan Dapat...

Assalammualaikum,
Banyak cerita sebenarnya nak cerita,
Tapi takpe lah,
Biar semua tu dipendam selagi boleh pendam...

12.08.2014
Antara hari yang buat rasa sedih,
Sebenarnya takde lah sedih sangat sebab bila kita tak mengharapkan sesuatu,
Tapi bila rasa apa yang diharapkan oleh mak ayah tak mampu kita tunaikan,
1001 perasaan timbul...


Ni punca segala-galanya,
Aku tak mengaharap apa-apa,
Tapi mak ayah aku yang berharap,
Mungkin rezeki aku bukan masa ni,
Dan kadang-kadang apa yang kita tak dapat sekarang ni adalah yang terbaik untuk kita...

Mungkin kita tak dapat sekarang sebab ada lagi rezeki yang lebih baik yang akan datang,
Allah tak akan uji hamba dia kalau hamba dia tak kuat untuk hadapi,
Aku antara insan yang terpilih untuk diduga...

Tipu lah kalau aku cakap aku tak sedih,
Tapi tak guna bersedih sebab semua dah jadi...

Apa yang aku harap sekarang ni,
Apa yang jadi akan datang adalah yang terbaik untuk aku...

Seriously,
Aku tahu salah aku masa isi borang permohonan,
Ada benda yang tak lengkap...

Tu la,
Kalau ada rezeki ada lah,
Kalau takde bukan rezeki kite lah tu...

# Mak ayah,akak mintak maaf sebab tak dapat bagi yang terbaik...akak dah usaha apa yang akak mampu,tapi rezeki akak belum ada lagi...terima kasih sebab sentiasa dengan akak... #


Monday 2 June 2014

Kahwin...

Asslammualaikum,
Dah lama tak meluah,
Bukan tak nak meluah tapi sometime jangan tunjuk kelemahan kita dekat orang,

Yes,
I know that,
But sometime,bende tu kita tak boleh nak pendam,
Lagi lama kita pendam lagi macam-macam perasaan yang hadir...

Perkahwinan ni bukan setakat untuk sehari dua,
Persediaan zahir batin semua tu perlu,
Tepuk dada tanya diri,
Kita dah sdia nak hidup dengan orang itu?
Bersedia tak nak kongsi hidup dengan orang yang mungkin berlawanan sifat dengan kita,
Jadi fikir masak-masak...

p/s : Sometime,tak sama sebelum kita bernikah dan bernikah,
Banyak lagi yang kita belajar mengenai pasangan kita...

Mungkin aku antara yang bertuah sebab di usia yang muda ada yang sudi untuk melamar,
Tapi aku takut nak hadapi semua ni,
Aku perlukan kekuatan...

Bila upload gambar ni,ramai yang ingat aku dah tunang or nikah,
Semoga apa yang kalian cakapkan menjadi satu doa...
Amin...
Berkata orang alim, bila datangnya lamaran lelaki yang baik agamanya dan akhlaknya 
maka janganlah ditolak, kerana orang sepertinya itu adalah hadir oleh Allah swt. untuk menjadi pelengkap dirinya yang memahami apa itu sunnah. Andainya kita menolak disebabkan merasa kita itu masih dalam kekurangan maka Allah swt akan hadirkan pula seseorang yang amat terkurang dari agama dan akhlaknya. ia adalah kafarah bagi menolak apa yang baik dari Allah swt. Kadang-kadang perlu juga fikir, tidaklah seseorang yang baik inginka kita kecuali dengan izin Allah swt. 


Doakan yang terbaik untuk KAMI...

Convocation...


Tiada kata yang mampu terucap,
Hanya mampu mengukir senyuman...

Terima kasih,mak ayah,abg n adik,
En. Kesayangan dan family,teman2 seperjuangan yang banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar...

Tanpa kamu,
Mungkin saya tak akan berjaya sehingga ke tahap ini...


Terima kasih sebab bersusah payah untuk kakak selama ni...


Terima kasih sebab datang walaupun macam2 habuan akak kene bagi...

Dah la gambar Pre-convocation sampai 2 tempat,
Terima kasih En. Kesayangan kereana melayan n mak ayah sebab sanggup bawak sampai Bukit Tinggi semata-mata nak ambik gambar...

p/s: Nanti gambar saya upload lain k...

Thursday 29 May 2014

Merisik...

Bukan aku  tak sudi,
Tapi aku tak berani untuk menyuarakan...

Tapi,
Aku takut,
Takut bila mereka terlalu lama menunggu,
Dan akhirnya mereka berputus asa...

Ya Allah,
Kau permudahkan segalanya,
Berikan aku yang terbaik,
Tunjuk kan aku jalan yang mudah,
Berikan aku jalan untuk selesaikan segalanya...

Banyak hati yang nak perlu dijaga...
Walaupun kadang2 hati sendiri terabai...

Berikan aku kekuatan,
Aku lemah,
Lemah sangat...

Wednesday 12 February 2014

Don't Judge Me...I Was Born To be True,Not Perfect...

SEDIH SANGAT BACA CERITA NI...
Terima Kasih Sebab Sudi Mengambil Saya sebagai Isteri " Takdir. Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. Dipendekkan cerita mereka pun disatukan. 
Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara. 
Isteri: "Boleh saya terus terang?" 
Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu- malu." 
Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya." 
Suami terdiam. Nampak seakan terkejut. 
Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah." "Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..." Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya. 
Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina! ** Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian. Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan. Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim', " Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!" Tertusuk seketika kalbu pemuda. 
Tuan guru menyambung lagi, "Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi. Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu." "Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat. Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya. Disebut dalam hadis Qudsi, 'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani) Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?" Tup. 
Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya. Doktor yang merawat masuk ke biliknya. 
Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan." 
Pemuda: "Apa ya?" 
Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia." 
Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un." 
Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu." Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. 
Sepucuk surat dan sepasang baju. Perlahan-lahan dibacanya...

Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita. Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri. Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata. Tumpah seribu air mata.

Saturday 8 February 2014

Jarak bukan satu penghalang...

Assalammualaikum...

" Ambillah waktu untuk berfikir itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah. Ambillah masa untuk bersahabat,itu adalah,itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah masa untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menju syurga. "

Jarak Bukan Penghalang...

Tetapi jarak mematangkan kita,
Mengajar apa erti rindu,
Mengajar untuk diri lebih setia...

Mengajar untuk lebih menghargai,
Mengajar untuk lebih mempercayai,
Belajar untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh...

Ye banyak dugaannya,
Kuat dengan tak kuat je...

Menangis tu lumrah,
Tapi menangis bukan bermakna kita lemah,
Tapi,
Untuk membasuh luka dan memberi kekuataan yang baru...

Apa yang penting bercinta jarak jauh :
1. Percaya pada Si Dia.

2. Setia walaupun jauh.
(Walaupun betapa sunyinya kita jangan sesekali mudah terpedaya dengan kata manis lelaki lain)
" What you give,you get back "
3. Berjumpalah walaupun seketika.
4. Tanya khabar.
(Sibuk mana pon usaha jugak untuk cari sedikit masa untuk bertanya khabar)


p/s: Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah...
Dulu kita dekat,sekarang kita jauh,
Jadikan tu cara untuk jadi lebih baik bukan untuk jadi pemusnah,
Allah jarak kan kita mungkin bersebab,
Sebab Allah nak kurangkan dosa kita dan jadikan kita lebih baik...n


Kerja betul2 ea sayang kat tempat orang,
Kita sama2 kumpul duit untuk kawin k...







Friday 7 February 2014

100 Doremon Secret Gadgets Expo...


Huh...
Macam-macam nak cerita,
Macam-macam nak kongsi,
Tapi betul la pa orang cakap,
Masa belajar nak kerja,
Tapi bila dah kerja nak belajar...

Baru tahu betapa susahnya nak cari sesuap nasi tu,
Dulu senang je,
Takde duit telefon mak ayah,
Buat2 sedih yang teramat sangat sebab nak mintak simpati untuk dapatkan duit...

Tula kalau kite tak lalui sesuatu tu kita tak kan tau betapa susah untuk dapatkan sesuatu tu...

Bila dah kerja,
Macam-macam yang kita nak,
Tapi macam aku,
Aku tanamkan prinsip,
At least dalam sebulan mesti aku nak dapatkan sesuatu yang dapat aku memuaskan hati aku...

Bukan dengan pergi beli barang mahal-mahal,
Just cukup sekadar pergi jalan-jalan,
At least aku boleh lepas tension sebab penat bekerja...

Aritu aku gi 100 Doremon Secret Gadgets Expo...
Huh best,
Aku puas hati sebab expo ni sampai bulan 3 je,
So aku tak berkira sangat la pasal bayaran die (RM 25 je),
Sebab ni first time ade kat Malaysia...

Sebab mak aku salu pesan,
Kalau dah penat-penat kerja kita kene bagi satu ganjaran untuk diri kita...

Ok,
Kat bawah ni antara gambar masa aku gi expo tu...



































Tengok jela gambar,malas nak explain satu-satu...
Enjoy the picture k..


 Ni video yang kiteorang rakam sebab banyak sangat Doremon kalau nak ambik gambar satu-satu...