The Sun 2

Monday 16 July 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

Apabila seseorang meninggalkan kita,
Pasti kita akan merasakan kehilangannya.

 Ibarat pepatah di atas,
Patah Tumbuh Hilang Berganti,
Walaupun yang tumbuh dan yang berganti tak sama dengan yang pergi.

Tapi,
Dengan kehadiran orang baru di Villa 215,
Mungkin dapat mengubati kesunyian teman-teman sebilik,
Dapat menceriakan Villa 215 yang mula suram dengan gelak tawa...

Terima kasih,
Sebab Dila & Lia hadir untuk K.A.M.I,

Buat Dekyah,Wani,Ekin,Ima & Shira yang meneruskan perjalanan di simpang & selekoh yang berbeza;

Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.







Saturday 14 July 2012

Ahlan Wasahlan Ramadhan...

Syaaban mula melabuhkan tirainya,
Kini tirai Ramadhan pula bakal dibuka...

Tahun ni merupakan tahun ke-2,
Berpuasa tanpa keluarga disisi...

Tapi bezanya tahun ni,
Dulu bersahur & berbuka ramai-ramai...

Tapi tahun ni,
Hanya kami berlima je,
Saya,Bella,Izzati,Ila & Erin...

Siti rindu sangat nak bersahur & berbuka macam dulu,
Nak berbuka dengan semua (Bella,Dekyah,Wani,Izzati,Ila,Shira,Ima,Erin & Ekin)...



Kalau masa boleh diundur semula,
Siti nak baiki semua kesilapan yang Siti pernah buat dulu...

Kalau boleh,
Tak nak ada satu pon kenangan yang boleh menyakitkan hati...

Sungguh !!! Kalau boleh diputar semula masa ... Banyak yang nk diperbetulkan ...
Sungguh !!! Kalau masa boleh diundur semula ... Banyak benda yang nak dilakukan...

N.A.M.U.N

Masa tak akan tunggu kita kan ???
Masa tak dapat diundurkan semula kan ???
Sungguh !!! Rindu sangat " Waktu " tu ...

T.A.P.I

Apa pon kita tak boleh menyesal sebab hidup ni kena teruskan jugak...Kita kena bersyukur sebab kita masih diberikan kesempatan lagi untuk Ramadhan kali ni...

" Allah tak akan memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan Allah tidak pernah ingkar janji...Lalu kenapa saya tidak harus percaya atas janji Allah "



p/s : Rindu sangat saat-saat ni...

Siti mintak maaf kat semua kawan-kawan Siti...
Siti sayang korang...

^_^



Friday 13 July 2012

Cuti Semester... ( Part 1)

19.07.2012

Tarikh ini merupakan tarikh keramat buatku untuk semester 4...
Bersyukur aku kehadrat ilahi,
Kerana umur ku masih dipanjangkan...
Dan masih dapat bernafas...
Akhirnya,
Aku berjaya menamatkan semester 4 dengan jayanya...

p/s : saat menulis entry ini result pon dah keluar & Alhamdulilah keputusan exam kali ini lebih baik daripada semester lepas...Thanks keluarga,orang yang tersayang,cikgu2 & kawan2 yang banyak memberi dorongan,bimbingan,serta doa yang tak pernah putus...

Masa tulis entry ni tetiba rasa rindu kat awak la Sayang,
Tetiba bau perfume awak... ^.-
Miss u a lot my dear

Hurm...
19.07.2012 : Merupakan hari yang agak sibuk dan terkejar-kejar.
Mana tak nya,orang sibuk kemas beg balik kampung,saya sibuk baca buku. "baca ke???"
Bacalah jugak.
Habis exam terus pergi cafe kat kolej sebab takut lambat sangat makan.
Balik asrama kemas2 beg,basuh pinggan mangkuk,sapu bilik,kemas katil2 & almari kosong sebab takut ade new intake masuk. "xde pon",penat je mengemas. =.='
Siap je jadi saya & kawan2 menjadi bibik untuk beberapa minit,
Mengambil keputusan nak mandi & makan.

Maklumlah,
Saya ni memang sibuk sikit,
Saya nak ambik surat pulak kat pejabat GPMS,
Surat apa???
Surat nak pergi lari dari negeri Johor masa cuti semesterlah...

Cuti semester saya yang hanya 2 minggu itu,
Saya habiskan seminggu je kat Johor,
Seminggu lagi di Terengganu...

Buat apa plak kat Terengganu???
Saya jadi pengedar keropok lekor kat sana...

Hah,
Tak tipu kan???

Huhuhuhuhu,
Nilah kerja part time saya,
Maklumlah nak cari duit lebih nak kawin cepat...
" Gatal !!! "

Erm,
Sebenarnya,
Tujuan saya berada di Terengganu ialah,
Saya jadi urus setia untuk Persidangan Agung GPMS Kebangsaan ke-58...

Nilah program yang saya pergi 2.
p/s : Harap maaf gambar kurang jelas...


Perjalanan saya bermula pada 27 Julai 2012...

Jadual asal,
Konon nak gerak kul 8 pagi,
Last2 kul 3 petang jugak baru gerak masuk tol...

Mana tak nya,
Ada yang lom bangun lah,
Baru bangun nak mandi lah,
Baru nak masukkan barang cenderahati untuk perwakilan lah...

Ok,
Konon nak sarapan,
Last-last semua cakap cmni "kita makan tengah hari jela"...
Huhuhuhu

Ok,
Masuk je tol,
Apa lagi baca komik & tido terus...

Bangun tidur je,
Perut dah main lagu keroncong,
Mendayu-dayu sungguh lagu keroncong dalam perut saya ni...

Nasib baik la,
Abang Rosdi,Abang Rizal,Dafi & Kak Ainun kuat makan... ( maklumlah saya kuat makan )

Perjalanan yang membosankan,
Saya memang tak suka sepanjang perjalanan saya,
Pokok-pokok je yang ada nanti rasa macam pening-pening sikit...

p/s : Mak saya salu cakap cmni
 " nanti kalau akak kawin dpt org pendalaman baru tau "

Perjalanan yang mengambil masa 8 jam,
Letih yang teramat tau bukan main-main punya,
Sampai terfikir camni "pasni x nak gi Kuala Terengganu lagi"...


Ok,
Sampai dalam pukul 9 lebih la,
Ingatkan sampai boleh lah rehat kan???

Tapi,
Malam tu ada meeting untuk AJK...

Tak join pon,
Dok kat lobi gayut & lelapkan mata sekejap...

Habis meeting dalam kul 2 pagi,

Pas2 gi makan burger plak "dalam hati,saya tak nak makan...saya nak tido"...

Hah,
Nilah burger yang dimaksudkan...

Ok yang ni plak ialah : Senarai harga burger...


28 Julai 2012.

Ok,
Keesokan paginya,
Konon nak bangun awal...

Last2 sume terlajak,
Dua2 bangun lambat... APTB tol la...

Bangun2 pagi,
Gi serbu bilik meeting,
Pas2 yang dah bangun cuma 2 orang je ( saya & Kak Ainun)...

Last2,
Plan nak gi sarapan,
Pas2 uruskan tu lah,ni lah,
Akhirnya,makan tengah hari lah jawabnya...

Makan kat mana ???

Makan kat Mydin terbesar kat Malaysia tau.
Jangan main-main...

To be continue....


















Awak...Saya sayang awak...

Awak,
Saya tak tahu kenapa...

Hari silih berganti,
Saya sayang awak makin kuat...

Saya harap awak tak akan tinggalkan saya...

Tapi,
Ni yang awak selalu pesan,
" kita tak tahu masa depan yang akan berlaku " ...

Ya,
Saya tahu kita tak tahu apa yang akan berlaku...

Kita hanya mampu merancang je kan sayang ???
Allah yang menentukan segala-galanya...

Thanks sayang sebab banyak sabar dengan kerenah saya.
Awak tetap layan saya dengan baik walaupun awak penat lepas balik kerja.
Layan saya berbual,teman saya makan ( dah la makan je ambil masa dekat 1 jam), teman saya buat assignment & lain-lain.
Saya faham awak tapi saja je buat-buat tak faham.
Sebab apa ??? Saya rindu sangat kat awak.
Sebab tu la saya selalu kacau awak bila awak balik kerja.

p/s : Saya nak awak tahu saya sayang kat awak,rindu kat awak...

TAHNIAH SAYANG !!!

Sebab naik pangkat,
Kerja betul-betul tau S.A.Y.A.N.G.

Maafkan saya ea sayang.Semoga jodoh kita berpanjangan & direstui semua pihak...

p/s : Rindu sangat kat awak...
Jangan balik dinner & meeting lambat sangat ea S.A.Y.A.N.G






Cinta memerlukan pengorbanan...

Kerana cinta,Wujud kita di dunia.
 Cinta antara Adam & Hawa...

Bukan main lagi kan tajuk ???
Tak tahu lah apa yang perlu dikorbankan untuk C.I.N.T.A ???

Bukan dari segi materialistik tetapi dari segi pengorbanan H.A.T.I

H.A.T.I lah yang banyak merasa apa itu C.I.N.T.A,
Suka & duka,H.A.T.I yang menanggungnya,
Besar tanggungjawab H.A.T.I ni kan...


For me : 


" Cinta memerlukan pengorbanan dari segi memahami H.A.T.I antara satu sama lain "



Nukilan kecil : 

 " Kadang2 mulut mampu berkata-kata...Kadang2 hanya hati yang berbicara..."