The Sun 2

Sunday 28 September 2014

Hati...

Hati...

Kadang-kadang susah nak faham hati orang...
Apa yang dia mahu?
Apa yang dia fikirkan?

Kadang-kadang teringin nak tahu,
Adakah kita salah satu yang dipertimbangkan dalam setiap keputusan...

Dekat mana kedudukan kita dalam setiap pertimbangan yang di lakukan,
Sehingga pada suatu tahap rasa putus asa untuk memahami dan di fahami...

2 planet yang berbeza,
Allah temukan keduanya kerana fitrah...

Tetapi terlampau payah untuk memahami 2 bahasa tubuh berbeza...

Bahagia itu definasi kita bukan?

Kita sendiri mentafsir maksud bahagia,
Kita sendiri melukis corak taaa,
Mengapa harus melakar derita,
Sedang itu fitrah,
Sedang itu sunnah,
Sedanh Nabi sendiri tidak mengaku umat,
Pada yang menolak perhubungan dua dunia ini...

Hei !
Apa bahagia itu kau kenal tanpa derita?
Apa harga ketawa itu kau ingat percuma tanpa air mata?

Sabarlah jiwa-jiwa yang kuat,
Kau selalu ketawa,
Sampai kau titiskan air mata,
Mengapa kau lupa saat kau ketawa gembira,
Pada ujian kebahagiaan ini,
Pada sesuatu yang sememangnya bukan kau miliki...

Pada jiwa-jiwa yang tuhan pinjamkan pada kau,
Pada nyawa yang sedang kau kandungkan,
Pada hati yang tertinggal di belakang...

Kini dunia ini bukan hanya kau...kau dan kau,
Kini dunia ini pada dia...dia...dan barulah kau...

Kita menjadi kami...

No comments:

Post a Comment