The Sun 2

Sunday 28 September 2014

Bersangka Baik...

Assalammualaikum...


Sangka baik...
'One sentence' yang nampak mudah,
Tapi tak semua orang boleh buat (termasuk aku)...

Bila harini ,
Engkau toleh kanan kiri,
Orang hidup mewah,
Orang hidup megah,
Pasti kau akan bermonolog sendiri,
'Kenapa aku tidak?'

Bila harini,
Engkau lihat,
Orang lain bakal punya kerjaya yang pelbagai,
Lantas kau akan terdetik sendiri,
'Kenapa tidak pada aku?'

Dan bila harini,
Engkau dengar,
Orang lain punya cerita hidup yang mudah,
Sedangkan engkau?
Masih gusar memikirkan khabar apa lagi yang bakal tuhan kirimkan pada esok hari...

Kuncinya mudah,
Bersangka baik lah pada tuhan,
Kerana,
Masing-masing punya "bahagian",
Yang tuhan sudah "setting"kan,

Cuma...
Bila?Bagaimana?Dimana?
Cepat ke?Lambat ke?
Senang ke?Susah ke?
Semuanya masih menjadi tanda tanya...

Tuhan maha adil...
Takkan selalunya bagi engkau susah,
Mungkin disebalik kejayaan seseorang,
Ada pahit jerih yang dia terpaksa lalui tanpa engkau ketahui...
Dan mungkin disebalik kesusahan kesedihan engkau,
Ada manis bahagia yang engkau miliki tanpa orang lain rasa...

Fikir...

Antara ujian nikmat,dengan ujian kesusahan,
Yang mana engkau pilih?
Ujian nikmat yang buat engkau terus alpa...
Atau
Ujian kesusahan yang membuat engkau putus asa?
Bersangka baik lah (husnud zon),
Pada manusia mahupun sang pencipta...

Selagi tuhan mu ada,
Takkan kau tercela...

Be patient,
Good thing will come to those who wait...


No comments:

Post a Comment