The Sun 2

Wednesday 4 April 2012

Keikhlasan & Kasih Sayangnya , Bertambah & Terus Bertambah...

Terima kasih hadirkan dia,
Disaat ku memerlukan seorang teman,

Terima kasih kurniakan ku Dia,
Seorang teman yang boleh memahami ku,
Ada disaat aku bangun dan jatuh.

Terima kasih kerana kurniakan aku akal untuk berfikir,
Yang mana satu kaca dan mana satu berlian.

Terima kasih hadiahkan aku seorang insan,
Seorang insan yang menerima ku seadanya tanpa memandang akan kekurangan ku.

Cinta bukan mengajar kita lemah,Tetapi membangkitkan kekuatan,
Cinta bukan mengajar kita menghina diri,Tetapi menghembuskan kegagahan,
Cinta bukan melemahkan semangat,Tetapi membangkitkan semangat.

Terima kasih sebab tiupkan satu kekuatan untuk ku...

04.04.2012:
    Aku merasakan kasih sayangmu terhadapku dari hari ke sehari semakin bertambah dan bertambah,perubahan mu dapat kurasakan dari saat perkenalan kita...Terima kasih tetap mengambil berat terhadap ku walaupun sibuk dengan urusan kerja,terima kasih jugak sebab pandai mencuri masa untuk mengingati ku...Dulu aku dapat merasakan keegoanmu bagi seseorang lelaki,tapi detik demi detik telah dapat mengurangkan keegoanmu terhadapku...Keprihatian mu terhadap ku amat ku hargai,kamu melayan ku seperti seorang anak kecil...Terlalu manjakan ku dengan kasih sayang mu,limpahkan ku dengan kasih sayangmu,perhatianmu sehingga aku terlupa yang aku pernah kecewa sebelum ni...Terima kasih kembalikan senyuman dan gelak ketawa ku...Terima kasih kerana hadiahkan ku dengan ahli keluarga dan kawan-kawanmu yang terima ku seadanya,terima kehadiran ku dengan hati yang terbuka...

        Terima kasih kerana memberi ku kebahagiaan yang sempurna saat aku jauh dengan keluarga ku...Disaat aku berada disamping kamu dan teman-teman kamu,aku dapat rasakan yang aku mempunyai abang-abang dan kakak-kakak yang menyayangi ku...Bersama mereka aku bahagia,bahagia yang terucap dengan kata-kata...Jika aku mepunyai masalah merekalah tempat untuk ku mengadu selain Allah yang maha esa...Mereka jugalah yang menceriakan hari-hariku bersama kamu...Mereka lah pendengar yang setia serta kakak-kakak dan abang-abang yang banyak memberi aku nasihat...

Terima kasih kurniakan ku Dia,
Kakak-kakak,abang-abang serta teman-teman yang cukup membahagiakan ku,
Ada disaat aku terjatuh dan bangun...

Terima kasih sayang...
Terima kasih hadir di dalam hidupku...

Terima kasih Allah kerana kurniakan mereka buatku...


No comments:

Post a Comment