The Sun 2

Monday, 23 March 2015

Dulu-dulu

Masa kecil dulu,
Kalau menangis,
Nak menangis sekuat yang boleh,
Nak semua dengar,
Nak semua orang beri perhatian.

Bila dah besar,
Kalau rasa nak nangis pun,
Kita mesti jauhkan diri daripada orang,
Menangis sorang-sorang,
Menangis yang tiada suara,
Tapi air mata banjir.

Tertekan.
Rasa nak jerit keluarkan semua,
Duduk dalam bilik,
JerIt sepuas hati,
Sampai anak tekak terkeluar,
Tiada siapa dengar.

Makin kita besar,
Makin banyak kita simpan sorang-sorang,
Apa boleh buat,
Itu je pilihan yang ada.




No comments:

Post a Comment