The Sun 2

Monday 6 October 2014

Cerita Hati...

Assalammualaikum...

Aku...
Aku...........
Tak tahu nak mula dari mana,
Tak tahu nak karang macam mana,
Tapi yang pasti saat ini,
Detik ini,
Dada aku tengah sesak,
Fikiran aku tengah sarat,
Sarat dengan pelbagai aneka cerita,
Ada cerita gembira yang boleh buat aku tersenyum bahagia,
Ada cerita duka yang boleh buat aku cengeng seperti anak kecil...

Bingung,
Bimbang,
Semua teradun bersama,
Umur semakin hari semakin meningkat,
Asyik,asyik fikir masa hadapan,
Kejap,kejap fikir masa akan datang,
Makin dewasa,
Makin kabur dengan masa hadapan sendiri,
Arghhh...

Apa perlu aku buat sekarang?
Jawapannya....
Masih bingung,
Masih buntu,
Dan masih dilema...

Arah mana patut aku tuju sekarang?
Nak kerja bagus,bagus...Tapi kerja apa?
Nak belajar tinggi,tinggi...Tapi di mana?Macam mana?
Kerja ke,belajar ke...
Semua berisiko...

Yang aku tahu dan cuba tekadkan dalam diri,
Bila suatu masa nanti,
Aku punya keluarga sendiri,
Aku tak nak anak aku hidup susah,
Tapi aku nak anak aku rasa susah...

No comments:

Post a Comment