The Sun 2

Friday, 14 June 2013

Aku lah Konduktor,Aku lah Penebat...

Assalammualaikum...

Aku,
Bukan nak cakap lebih,
Bukan nak cakap besar,
Bukan nak cakap kosong...

Tapi,
Aku tahu diri aku,
Aku tahu kelemahan aku,
Aku boleh jadi macam-macam...
Yang macam-macam aku akan maksud kan sebab...

Kadang-kadang...

Aku boleh jadi KAKAK/ADIK yang sangat prihatin,
Tapi aku juga boleh jadi KAKAK/ADIK yang sangat kuat membebel/cerewet...

Aku boleh jadi KAWAN,yang sabar dengan kerenah kawan-kawan,
Dan...Aku boleh juga jadi kawan yang sentiasa ada untuk kawannya yang lain,
Tapi aku juga boleh jadi kawan yang kadang-kadang suka cakap ikut sedap mulut tanpa fikirkan perasaan kawan lain...

Aku boleh jadi ANAK yang sangat patuh dengan orang tua,
Dan...Aku boleh jadi anak yang sangat disebut-sebut,
Disebut bukan apa sebab aku lah satu-satunya anak perempuan yang paling pandai menarik perhatian keluarga aku,

Tapi...
Tanpa aku sedar aku juga boleh jadi anak yang selalu buat orang tua aku sedih... :'(

Aku boleh jadi HAMBA ALLAH ynag kadang-kadang lagaknya seperti baik,
Tapi,aku juga hamba Allah yang tidak terlepas dari segala khilaf dan dosa...

Aku boleh jadi kuat,sekuat tiger,
Aku boleh jadi lembik,selembik marshmallow,
Aku boleh jadi rapuh,serapuh biskut kering,
Aku boleh jadi tukang bawak masalah,
Aku boleh jadi tukang penyelesai masalah...

Namun,
Bila mana aku kuat???
Bila mana aku lembik???
Aku suka bagi nasihat kat orang,
Walhal aku tahu,tak semua orang boleh terima nasihat aku,
Walhal aku tahu,tak semua nasihat aku boleh pakai,
Walhal aku tahu,aku nasihat orang tapi aku pon lebih kurang...

Tapi sekurang-kurangnya,
Bila aku nasihatkan orang,
Secara tak langsung aku nasihat kan untuk diri aku juga,
Secara tak langsung aku terima cas2 positif,
Secara tak langsung aku jadi bertambah kuat...

Itu lah aku,
Itu lah diri aku...



Aku lah konduktor , aku lah penebat...

p/s : Semua ni bukan nak memalukan diri sendiri,bukan nak bagitau semua orang pasal aku tapi aku cuma nak cakap xde orang dalam dunia ni PERFECT/semuanya A je...Bila mana ada kesempurnaan,pasti ada kekurangan...

Hati...

Assalammualaikum...

Ketika hati memilih untuk bersedih,
Ketika hati memilih untuk terus berduka,
Ketika hati memiliki segunung perasaan muram...

Akan tetapi...

Pilihlah untuk terus tersenyum,menyembunyikan segala kepayahan,
Pilihlah untuk menghilangkan segala derita dan lara dalam apa cara sekalipun,
Pilihlah untuk bangkit mengecapi bahagia,walau bahagia itu cuma seketika sahaja,
Pilihlah untuk sabar dan redha dengan setiap yang Allah tentukan...

Walau kita telah jatuh dan malu,
Walau kita ada sebab untuk kecewa,
Walau kita hampir putus asa mengejar kebahagiaan,

Ingatlah,
Setiap yang berlaku,semua ada sebab tersendiri,
Yang mungkin kita tak nampak,lihat,rasa & alami,
Yang mungkin kita tak duga ia nya terjadi...

Harus yakin dan percaya,
ALLAH sentiasa ada dengan orang yang sabar,
ALLAH tidak akan menguji hambaNya luar dari kemampuan kita...
InsyaAllah semuanya akan baik-baik...


Sayu Hati...

14 June 2013.

Asrama Desa View,
Hari ni hari pertama aku untuk final exam untuk last sem,
InsyaAllah lepas ni Praktikal n sambung Degree...

Hari ni paper Art n Craft,
Aq careless dekat soalan essay tapi aq tawakal,
Aq dah usaha yang terbaik...

Hari tu sebelum balik KL,
Masa aq salam mak aq,
Mak aq pesan doakan mak sihat ea...

Sumpah aq sedih sangat-sangat,
First time aq rasa mak aq ckp cm2,
Salu mak aq cakap " mak salu doakan akak "...

Rindu sangat kat mak aq,
Walaupun baru semalam sampai KL...


Dia lah kawan,dia la teman,dia la segala-galanya...
Akak sayang mak sangat-sangat...


p/s : Dan apabila tertutupnya mata IBU kamu, maka hilanglah satu keberkatan di sisi Allah iaitu DOA seorang IBU...




Thursday, 6 June 2013

Aku Di Ugut...

04 June 2013

Ya Allah dugaan apa kah yang aku terima,
Dalam tahun ni macam-macam lelaki mesej aku,
Kalau aku dah kata tak nak kawan tu,
Jangan lah paksa aku...

Siap boleh pulak ugut aku sebab tahu rumah aku kat mana,
Siap boleh cakap lau die nak buat perkara tak senonoh kat aku pun boleh sebab tahu rumah aku...

Bila aku tak nak kenal siap nak jumpe family aku,
Ade jugak kan orang macam ni...

Bila orang report polis tahu pun nak mengelabah,
Kepada orang yang berkenaan,
Bukti-bukti ugutan awak masih di tangan saya...

p/s : Dugaan sangat-sangat sebab hari yang sama ade praktikal First-aid,
Alhamdulillah dapat wat yang terbaik walau ada kekurangan sikit,
Setiap yang berlaku ada Hikmahnya... ^_^



Pertama Kali Gi Theme Park...

26 May 2013.



Korang pernah pergi tak Berjaya Times Square Theme Park ???
Mesti ada yang pernah pergi n ade yang tak pernah gi kan ???
Bagi orang yang duduk KL,
Tempat ni maybe familiar dengan dieorang...

Tapi untuk saya yang dah 2 tahun lebih belajar kat KL,
26 June 2013 aritu la saya menjejak kaki kat situ,
Selalu jalan-jalan ngan tengok wayang je,
Tapi memandangkan hari tu kiteorg tak tau nak buat apa so kiteorg gi la tempat ni,
Tu la kali pertama saya gi dan mungkin  untuk kali terakhir untuk saya kot...

Takde satu permainan pun yang saya tak takut,
Semua saya pejam mata...
Kecuali naik yang kat area Fantasy Garden (untuk kanak-kanak)... 

Ni semua mainan yang ade kat Level 7 (Fantasy Garden)

Note : Yang ni saya tak naik semua sbb macam tak sesuai je ngan umur saya...
Walaupun ade je parents yang naik...

Yang ni pon tak naik...

Tapi...
Yang ni saya naik yang ni sesuai untuk orang dewasa macam kita...

Yang ni pulak nama die Fantasy Trail,
Yang ni pun saya naik...
Siap rakam video lagi...
Maybe nanti sy akan upload kot...

Yang ni nama dia Buddy Go Round,
Hah yang ni saya naik,
Sayang saya pon naik jugak tau...

Ok yang bawah ni pulak semua kat Level 5
Galaxy Station

Ni pandangan daripada atas...

Yang ni saya naik dua-dua..
Hanya mampu menutup mata je...

Yang ni semua saya naik cume yang DNA Mixer je 2 yang tak naik,
tengok je dah menakutkan..
Tapi semua ni menakutkan,
Tak nak naik lagi...
Takut sangat,
Rasa macam nak terjatuh je...

Tapi muntah jugak la naik benda2 ni,
Saya nasihatkan jangan makan apa2 sebelum naik benda ni,
Sebab confirm rasa pening...

Walau apa pun enjoy sangat...
Minggu ni tak spent masa ngan Kak Ain sbb die ngn tunang die gi Singapore...
Sape yg berani try la...

Ni antara gambar2 kami :



















Friday, 31 May 2013

Masa hadapan aku, aku yang fikir..

Assalammualaikum..

Masa hadapan aku, aku yang kene fikirkan.
masa hadapan aku, aku yang kene pilih.
setiap keputusan yang aku buat, aku kena fikirkan masa hadapan..
setiap pilihan yang aku pilih, semuenya mempengaruhi mase hadapan

kesian same otak ..
dekat 20 tahun aku hidup,
 dekat 20 tahun aku bernafas,
dia banyak berjasa, dia banyak berkhidmat untuk aku..
fikir itu dan ini.
berhenti hanya pada waktu aku tidur je
itu pon sekejap cume.
eh? sekejap ke aku tidur?
boleh la tahan sekejap dia. muahaha.

kalau otak  ni boleh dikeluarkan dan dimasukkan balik sesenang macam tu je,
mesti seronok...
boleh lah aku hug kuat2 bile dia bgi kputusan rasional dekat aku
boleh lah aku tampar dia laju2, bile dia xbagi kerjsame waktu aku perlukan..
tapi, aku tahu semue tu dongengan aku je.
eh, dongengan pon, otak aku juge yang fikir. ehehhe

back to our main topic,
mungkin, tak ramai yang tahu..
aku ni jenis yang selalu sngat fikir masa hadapn
terbayang bayang,
berangan berangan,
imagine itu , imagine ini..
ape yang aku jadi? aku jadi ape? ape terjadi dekat aku?

.yang selalu aku fikirkan,
mampu kah aku buat mak abah aku tersnyum bahagia melihat aku berjaya?
mampu kah aku balas balik semua jasa mak abah yang bela aku dari kecik sampai sekarang?
mampu kah aku berjaya setanding orang lain? atau lebih barangkali..
mampu kah aku galas tangungjwb yang lebih besar suatu hari nanti?
dan yang paling penting,
mampukan aku, untuk berusaha kearah muslimah atau wanita solehah?
dan..
dan,
satu lagii.. yang aku rase, kau orang pon fikirkan bende ni..
aku/kau kahwin dengan sape??bile??macam mane??blaa blaa blaa...
betul x? aku dah tahu dah. sebab otak aku pon selalu fikir bende tu. muahaha
bukan gatal,bukan miang tapi berbalik balik pada fitrah manusia.
ingin dicintai dan mencintai..

Akhir sekali yang kite kena yakin dab percaya,
Masa hadapan kita rahsia Allah,
Allah adalah sebaik-baik perancang,
Apa yang terjadi 10 tahum lagi, event ape yang terjadi esok pun,
Semua Allah dah Aturkan..
Cuma kita disuruh berfikir...fikir guna akal yang Allah bagi..


p/s : Allaj tak akan ubah nasib sesuatu kaum itu,kecuali kaum itu sendiri mengubah apa apa yang ada pada diri meraka... - Surah Ar-Rad: 11

Trauma...

Assalammualaikum...

Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi nikmat untuk terus hidup di dunia ini...

Rabu malam khamis yang lepas selang 3 bilik dari bilik aku telah dimasuki pencuri...
Serius takut sangat-sangat walaupun bukan bilik kiteorang yang kena...
Tapi tak tau la kenapa majoriti semua orang malam 2 x sedar,
Bilik yang kena masuk pencuri pun daripa 20 orang hanya seorang sahaja yang sedar...
Yang peliknya lepas pencuri 2 keluar semua orang tersedar dalam masa yang sama...

Adakah kami telah dipukau,
Selalunya bila bising-bising kiteorang selalunya senang terjaga,
Tapi malam 2 semua tak terjaga,
Tapi yang paling mengerikan pencuri 2 bawak parang,
Salah sorang daripa budak bilik 2,
Tangan die terluka akibat kene parang 2...

Takut sangat,
Dah la pencuri tu 3 orang,
Nasib baik lah mereka hanya mencuri n tak apa-apa kan pelajar wanita...
Barang boleh diganti,tapi nyawa dan harga diri tiada pengganti... 

Ni pesanan untuk korang:

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah kita betul2 dikunci. Kalau boleh check la 2,3 kali
2. Kunci bilik tido kita dari dalam bila kita tido.
3. Simpan apa2 senjata (bukan pistol atau senapang je) dalam bilik contohnya kayu hoki ke, yang pakcik guard pakai tu apa ke namanya? Haa cota ke. Kayu besbol ke utk masa2 kecemasan. 
4. Kunci rumah, kunci kereta dan apa jenis kunci pun, bawak masuk dalam bilik. Jangan tinggalkan kat luar cthnya kat ruang tamu. Ia menyenangkan pencuri utk mencuri kereta anda.
5. Jangan sidai pakaian luar dan dalam kat ampaian malam2. Takut hilang dan kena mandrem.
6. Simpan nombor tipon jiran terdekat. Boleh call dorang kalau ada apa2 masalah.
7. Simpan nombor telefon balai polis berhampiran.