Mr.Hati,
Hati saya milik awak,
Cinta saya untuk awak,
Rindu saya untuk awak,
S.AY.A.N.G saya untuk awak...
For u all information,
Gambar ni sume Mr.Hati saya yang ambik...
Saya selalu dengar orang cakap
" kita akan jumpa orang yang salah sebelum kita jumpa orang yang betul "
Ayat macam tunggang terbalik tapi tu lah kenyataan yang sebenarnya , Allah yang menetukan segala-galanya ... Kita hanya mampu merancang tanpa Allah sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk kita ... Janganlah sesekali kita menyalahkan takdir kerana setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya ...
* Saya bukan seorang wanita yang sempurna tapi saya akan belajar untuk menjadi seorang wanita yang sempurna ...
* Saya bukan seorang wanita yang lemah lembut , tapi saya akan mencuba untuk menjadi seorang wanita yang lemah lembut ...
* Saya juga bukan seorang yang pandai menjaga hati awak , tetapi saya akan belajar untuk menjaga hati awak , keluarga saya dan keluarga awak ...
* Saya juga bukan seorang wanita yang mempunyai kesabaran yang tinggi , tetapi kesabaran saya ada tahapnya ... Tetapi saya akan mencuba untuk menjadi seorang wanita yang boleh sabar dengan apa sahaja yang berlaku ...
* Saya juga bukan seorang yang pandai masak ... huhuhuhu
Macam yang awak selalu tahu , hari-hari saya masak sardin tapi satu hari saya akan jadi chef yang terbaik untuk awak & Insyaallah jika kita di kurniakan permata hati suatu hari nanti apabila kita telah di ijabkabulkan ...
* Awak , Cinta bukan datang kerana rupa paras sahaja .
Tak cantik , tak handsome tapi kalau ada jodoh pasti akan datang juga .
* Hati awak untuk saya , hati saya untuk awak ... ♥
* Pengalaman juga mematangkan saya ...
Pengalaman juga salah satu guru yang terbaik dalam hidup ni ...
* Awak , saya tak pernah sangka hubungan kita akan menjadi serapat ni ... Dulu kita kawan je kan , saya ni jadi pekerja awak je dulu ... Men cop2 surat GPMS , sampaikan awak cakap saya layak kerja di pejabat pos ...Tak sangka awak jatuh hati kat saya & saya jatuh hati kat awak ..." SEMOGA HUBUNGAN KITA DIREDHAI DAN SAMPAI KE JINJANG PELAMIN "
Aminnnnn....
Awak ... Indah sangat kan ciptaan Allah ...
Semoga awak juga menjadi salah seorang makhluk ciptaan Allah yang terindah buat saya ...
p/s : Saya sayang awak ... Awak selalu ada bila saya dalam kesusahan ... Saya nak mintak maaf kat awak sebab selalu terkasar dengan awak ... Sorry , kadang-kaang tersengaja dan tak sengaja ...
Awak ... Saya harap hubungan kita kekal ... Saya cuba jadi yang terbaik untuk awak ... Saya cuba jadi pendengar terbaik untuk awak ... Saya akan ada disisi awak ketika awak susah dan senang ... Saya akan ada disisi awak dikala jatuh dan bangun awak ... Selagi awak percaya kan saya dan sayangkan saya ... Saya akan cuba untuk tidak mengecewakan awak ... Saya akan cuba bahagiakan awak dan menceriakan hari-hari awak ... SAYA SAYANG AWAK MUHAMMAD AZRI BIN AZMEE ...