The Sun 2

Monday 30 January 2012

Rizuan E-one

Ting...ToooonnGG...!!!
Ting...ToooonnGG...!!!

HaLo UncLe..., CT aLE Tak..???
Haa...!! ALE...!! BaGOoot, Ini MaCaM UncLe.....
Ale BnDa Sya MaU Ckp SaMa UncLe....
SaYe Mau WISH SaMa DiA... Itu CT Laa...SaPa LaGie..
SaYa MaU Mnx SoLIE SaMa Dia...
Haa,, APA PaSaT...???
YeLa UncLe... SiKaLaNg KaN MuSiM TaWOn BaLu CHiNa...
GONG XI FA CHAI Laa....
{tgah sdap brsmbg ngn uncle,awk pun kuar}
E'eeeHHH.... CT.....!!! U pigi MaNa Haa...???
SaYa Mao MnTaK SoLiE eA....
LaU SaYa Ala BUAt SiLaP SaMa U...
Ouhhh Yaa..!!! Ini... SaYa AdA BaWak BuAh LiMaO...
SaTu LoRi Maa...
KhAs uTk U... AmBeKLaa..... SaYe BaGiE...!!!
{ketike itu awk pun trharu & Mngalirkan air mata}
HaKHaKHaK...!!!!
GONG XI FA CHAI...!!!
^_^ (>_<)


p/s:tq to Rizuan E-one cz wat citer ni....






Senyumlah sahabat..


Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

Friday 27 January 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS

SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

"YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU". (DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN).


*yang ku mampu ku lakukan buat masa ini adalah berdoa & berdoa*

Thursday 26 January 2012

-Bersangka Baik-

‎~Bersangka baik kunci ukhwah.
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita. 

Kerna Allah faham akan isi hati kita.

Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,

Kerna tiada hakim sebaik Allah.

Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah bersama kita.

Dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya Amal yang setia bersama kita.

Tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini terikat pada cinta kepda Allah dan Rasulnya.~




Tuesday 24 January 2012

Diriku Adalah Aku...

AKU BERSEDIH....

Aku tak pernah menyangka.... Kesedihan juga mampu mengubah tingkah laku ku... Aku tidak menyangka sama sekali... Perasaan tabah yang aku simpan selama ini lebur jua... Aku tak mampu menghalang rintikan jernih yang mula mengalir dipipi... Semakin lama semakin deras... Sederas degupan jantung aku tika ini... Sesesak nafasku menahan tangisan... Suara ku tak mungkin terlontar dari peti suara yang mulai perih... Aku tidak pernah menyangka ia akan terjadi pada ku...

AKU SEORANG YANG TABAH!!!! 

YA!!!! Aku seorang yang tabah!!!Aku perlu kuat menjalani liku-liku hidup ini tanpa menongkat tangan orang lain bagi memimpin aku untuk mengharungi hidup ini... Hidup ini kadang-kala kejam terhadapku... (sebenarnya aku yang tersilap... Hidup tidak pernah kejam.. Tetapi aku yang kejam terhadap diri aku..) Aku perlu bangkit dari kesedihan ini.... Kesedihan yang takpernah aku tahu hujung pangkalnya... Aku perlu keluar dari belenggu ini... Aku perlu melakukannya untuk hidup aku... Kerana aku tahu... Aku seorang pejuang....

AKU SEORANG PEJUANG!!!!!

Aku perlu menjadi seperti seorang pejuang... Aku dilahirkan sejak mula lagi sebagai seorang pejuang... Langkah kaki ku ini jua perlu seimbang... Bagi memastikan aku tetap menjadi seorang pejuang... Selepas aku tersungkur jatuh menghadapi kekecewaan... Aku tidak perlu takut untuk jatuh tersungkur lagi... Kerana aku seorang pejuang yang lasak dengan ilmu yang telah di titip sejak kecil lagi.... Aku perlu menjadi pemenang....


AKU SEORANG PEMENANG!!!!

Aku akan berusaha untuk menjadi seorang pemenang... Kerana aku tahu, walaupun aku kalah pada satu perasaan, aku tetap jua seorang pemenang apabila aku dapat bangkit dari kekecewaan itu... Aku perlu menjadi pemenang, kerana aku mahu buktikan bahawa aku bukanlah pejuang yang senang menyerah kalah... Aku berundur bukan bererti aku mengalah... Tetapi aku berundur demi mencipta sesuatu yang bermakna untuk dijadikan pengajaran... Aku perlu sedar...

AKU PERLU SEDAR!!!

Sedarlah diri ku... Jangan kau di buai perasaan sedih dan kecewa... Lap lah air matamu... Bangkitlah kamu sebagai seorang pejuang yang ingin menuntut kemenangan... Kemenangan yang bermakna buat dirimu... Bangun lah semangat ku... Kerana eangkaulah pendampingku yang nombor satu... Wujudmu dalam diri ku membantu aku menghadapi hari-hari sukar... Senyumlah bibirku... Semoga senyumanku bakal menenangkan hati mereka yang melihat kejatuhanku, yang juga membantu memberi sokongan pada diriku... Akhir sekali... Pergilah kau sengsara... Aku perlu bangkit untuk diriku...Kerana aku seorang pemenang....



p/s:diam x bermakna kite kalah...kadang-kala diam 2 lebih baik....kepada seorang insan yang bernama wanita,saya merayu cukup2 la ambik tau sal sy ok....x perlu bce blog sy,x perlu la ambik tau sal sy langsung....x perlu jugak la nk citer sal sy kt blog awak 2 ok...SAYA TAK SUKA LAH.....CUKUP-CUKUP LAH SAKITI PERASAAN ORANG...SAYA PUN ADA PERASAAN...

*senyumlah wahai bibir,jangan kau hiasi wajahmu itu dengan air mata kesedihan*
(03.04 p.m-24.01.2012)


      
        

Saturday 21 January 2012

Hanya Padamu Tempat Ku Mengadu



Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Wednesday 18 January 2012

~Maafkan Ku~

Assalammualaikum...

Maaf,
Mungkin diriku ini bukan seorang sahabat & teman yang terbaik.

Maaf,
Mungkin selama ini aku sering melalaikan perasaan & menyakiti hatimu.

Maaf,
Mungkin bicaraku pernah membuatkan hatimu terluka & berasa pedih.


Maaf,
Mungkin selama ini aku tidak cuba untuk memahami dirimu.

Maaf aku hanya insan biasa,
Aku hanya mampu panjatkan doa agar Allah sentiasa menyayangimu & melindungimu...

p/s:Siapa sahaja dirimu,kamu tetap SAHABATKU...

Monday 16 January 2012

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni rasa letih sangat,tapi tak tau la kenapa....
Nak kata letih,tak jugak.Hari ni je dah ponteng 2 kelas & tidur sampai tak sedar diri.Tido sampai kul 12.15 elok sangat la anak dara macam 2.
Lepas abis kelas Advance 2 plak,sampai je Villa-215 (Uncle Mail's House) terus je tido & makan ubat.
Lepas 2 tido lagi mmg aktiviti utk harini tdo je kot.Kenapa badan ni rase letih sgt ni???Salu je demam,letih sgt jadinya.
Tapi x baik merungut kawan saya (Kurozu Aiman) penah pesan jangan merungut kalau diuji oleh Allah s.w.t sbb sakit ni kifarah dosa.

Tak tahu la kenapa,sejak akhir-akhir ni asyik bad mood je.Hari ni yang paling ketara sangat,aku rasa macam x nk cakap dengan sape-sape je.Tangan ni je yang mampu luahkan segala-galanya kt Blog ni.Rasa lain sangat hari ni,kenape erk???Aku ade teringat kat sape-sape ke???Mungkin la kot,ingat kat orang yang tak pernah ingat kat kita n mungkin jugak org 2 tgh berbahagia dengan org lain.Huh susah la hidup macam ni,nak jugak bahagia macam orang lain...




Dah-dah la tu Siti Fatimah Hamid cukup-cukup la tu seksa diri sendiri.
Pikir la die disana sedang berbahagia dengan orang lain.Cukup la merindui dirinya.Jangan sakiti hatimu sendiri Siti Fatimah Hamid.

Alhamdulilah,kau patut bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Dia telah memberi ku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.Kau x payah la nak kenang kisah silam tu lagi.
Tak payah la nak kenang-kenang lagi bende yang lepas,dah memang terbukti dia bukan hak milik kau lagi.
Allah pasti akan sediakan yang terbaik untuk kau,mungkin bukan harini tapi utk masa akan datang.
Kita hanya mampu berdoa je agar kita dapat yang terbaik.
Be Strong Girl,don't cry again & again.

Aku rasa aku perlukan sesuatu yang dapat aku lupakan semua ni,tapi macam mane???Nak gi holiday sorang2 confirm x boleh,nak gi shopping blh abis duit aku dibuatnya.Hurm bila dgr lagu ni confirm aku rasa sedih.


p/s:Tahan jela air mata ni cukup la aku bazirkan air mata aku untuk sorang laki...

Terima kasih blog kerana menjadi temanku malam ni.Thanks dengar luahan hati ku ini.Aku lega,aku harap aku akan jadi lebih baik & lebih baik lagi lepas ni.Aku nak ngis puas2 malam ni...Nite u all...

Sunday 15 January 2012

Saya Rindukan Awak Sayang...

p/s:ape guna merindui dia, menyayangi dia...krn dia dh benci aku...
tp tak pe..aku tak bnci dia. smga bhgia berpihak kpd aku. :'(

Benar kata orang cinta itu tak selalu memiliki. Cinta itu juga tak selalu indah. Hanya yang bercinta sahaja tahu betapa siksanya cinta apabila dipersiakan. Seharusnya cinta itu indah. Tapi megapa cinta menjadi penyiksaan. Aku ingin dia dan aku mahu dia menemani hidupku. Tapi aku hanyalah sang pencinta yang hanya terbang sendiri di langit biru yang tak bertepi.Mulanya indah tetapi akhirnya penyiksaan. Mampukah aku melawan arus perasaan cinta yang muncul tanpa diduga. Siapakah aku untuk membuang cintaku sendiri...

*aku kan tetap merindukan mu sepanjang hidupku*

-video ni aq ambik kt you tube je...-

Saturday 14 January 2012

'sEmUa BuAt SaLaH'

Semua kita buat salah dan dosa.

Sama ada dosa dengan Allah.

Buat salah dengan mak abah, keluarga.

Buat silap dengan kawan-kawan.

Atau bersalah pada diri sendiri.

Mungkin kita buat dosa tu semalam. Atau sekarang. Atau esok-esok.

Sebanyak manapun dosa dan salah kita tu, takkan terpadam macam tu je.

Ya, manusia mungkin lama-lama terlupa dia pernah buat salah. Tapi Allah tak pernah.

Yang penting, bukan banyak mana dosa dan salah yang kita dah buat. Tapi adakah kita dah minta ampun, minta maaf dari dosa dan salah semua tu?

Baiknya Allah ni, sekali kita dah minta ampun pada Dia, Dia tak ungkit dah nanti bila di Padang Mahsyar.

Allah dah padamkan semua tu dari buku amalan kita.

Tapi syaratnya kena minta ampunlah. Dan syarat nak minta ampun, kena sungguh-sungguh menyesal dan tak buat dah perkara yang sama.

Kalau main2 je minta ampun, bukan Allah tak tahu ...

Jangan tangguh2 minta ampun, sebab seminit lepas ni pun kita tak tahu apa akan jadi pada kita.

Selagi ada masa, buatlah sekarang. Macamana kita nak orang yang buat salah pada kita tu cepat-cepat minta maaf pada kita dan akui kesilapannya, macam tu lah juga Allah, bila kita buat dosa.

"Semua manusia buat salah. Sebaik-baik orang buat salah ialah yang bertaubat"

Bila Cinta....

cinta begitu bermakna setiap katanya ...
saat cinta datang semua seolah berhenti ..
seolah tak mmpu berkata ....
setiap malam di  bayang ... setiap malam menatap indahnya cinta ...
saat cinta itu mulai pudar .. apa sudah jadi dengan janji ? ....
cinta memang mudah di ungkap ... namun susah di perlihara ...


cinta ibaratnya kupu-kupu ... begitu indah tmpaknya ..
namun tkkan pernah kekal ..... kerana pada akhrinya kupu2 akan mati jua ....
layaknya cinta .. yang bila tidak di jaga .. tidak di rawat ... akn mati .. akn punah ..
akan HANCUR ..............~

Bila cinta sudah hilang ....
bila cinta sudah pergi .....
sumua tak akn seindah malam kemarin . .
saat cinta itu msih ada ....
semunya indah belaka ...
rindu membara .... membakar hati dan jiwa serta perasaan ..
jangan salah menilai cinta ...
cinta tkkn selamanya indah ....

terkadang cinta itu lebih tajam daripada pedang samurai ...
lebih sakit daripada terhempap batu ...
kerana cinta itu terlalu liat ...
cinta itu terlalu keras ..
cinta itu mampu meruntuhkn segalanya ......

Friday 13 January 2012

Aku & Dia

Awakkkkk…..
Malam ni saya rasa sunyi sangattt..
Biasanya malam-malam macam ni, awak ada untuk jawab panggilan sayaaa..
Biasa malam-malam macam ni, saya akan dengar gelak ketawa awakk.. Ermmm…

Awakkkkk…

Saya rindu sangat dengan awakkkk…
Malam ni, saya rasa setengah mati rindu dekat awak tauuu….
Biasanya bila awak dah tidur, saya dapat jugak hantar msg untuk menghilangkan sikit rindu niii..
Tapi sekarangg?????

Ermmmmmmmm….. :)


Awakkk…
Malam ni, saya nak cakap yang saya cinta sampai bila-bila dekat awak..
Saya nak awak tahu, walaupun awak dah selalu dengar saya cakap macam ni kannn???

Walaupun awak dah bosan dengarrrr…
Tapi saya tetap nak cakap jugak dekat awakkkkkk…


Awakkkkk…
Awak tahu tak yang awak cinta pertama sayaa…???
Dan saya berharap bahawa awak lah cinta terakhir sayaa..
Saya janji, tak kan pernah tinggal kan awak untuk selamanya…
Tapiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!

Awakkkkkk…

Saya sangat berharap untuk memiliki awakkk…
Saya sangat berharap untuk hidup selamanya dengan awakkk…
Saya sangat berharap bahawa awak pun ada niat yang sama macam sayaa…
Saya yakin dengan diri sayaa…..
Tapiiii??? Ermmmmmm


Awakkkk…
Malam ni saya rasa sangat kehilangan awakkk…
Saya rasa sangat-sangat kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup niii…
Sayaaaaaaaaaa………………Ermmmmmm….

Awakkk……..
Tadi waktu saya keluar jumpa kawann…
Saya penat berpura-pura ketawa sedangkan hati saya menangissss….
Hati saya menangis kerana awakkkk…
Hati saya hancur sangat dengan apa yang awak bagi tahu saya tadiii…


Awakkkk…
Walaupun bila bangun esok, saya bukanlah siapa-siapa lagi dihati awakkk,

Tetapi, awak lah orang yang paling saya kenang dalam hati sayaa…
Awak lah orang yang akan tunggu sampai bila-bilaaa…
Saya janji akan tunggu awak untuk terima saya semulaaa…
Percaya lah awakkkkk…..

Saya akan tunggu awak walau memakan usia hidup sayaaa…
Saya rela sakit begini jika saya dapat memiliki awakkk…
Tidak akan pernah terlintas di hati ini untuk melupakan awakkk…


Jika ini takdirnyaaaaaaaaaaa…..
Saya redha awakkk…
Saya redha, walaupun hati saya menjerit memangil nama awakkk…
Walaupun hati saya menangis merindui awakkkkk…

Saya janji akan tunggu awak untuk kembali kepada saya…..
Saya janji dekat awakkkkkkkkkk!!!....

Untuk awak : "sayangku"



14/01/2012 (2.15 a.m)

Tetiba rasa malam ni ade bende yg x kene,rase macam ade kawan aq sendiri tikam aq dari belakang...Aq tau perasaan syak wasangka 2 x elok tapi ntah la kuat hati ni mengatakan ade bende x kene...Biarlah ape org nk buat kat kite kan yg penting kita Sabar...

Selagi aq boleh sabar aq sabar,ape org nk buat kat aq buat la...Aq redha n pasrah...Sahabat yg sejati sukar utk dicari...

Untukmu Sahabatku:



Sahabatku…
Semalam telah layu sekuntum bunga,
Telah gugur dari jambangannya,
Tetapi itu bukan perjuangan kita,
Bukanlah itu sebagai lambangnya,
Mulut telah kaku untuk bertanya,
Hati malu untuk memikirkannya,
Tidak seperti dahulunya,
Kita kuat berhujah dan bersuara.

Ingatlah sahabatku..
Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,
Yang merindukan dan memburu syahid,
Maaf kiranya tuturku yang pahit.



Hanya mampu menahan sabar,
Mengalirkan air mata untuk meluahkan apa yang tercatat dihati...
Semoga Allah s.w.t mmeberi diriku petunjuk dan kekuatan...
Amin....

=) Pasrah Segalanya =)

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci...
Tabah lah wahai hati dlam mengharungi hari2 yg mendatang...
Diam x bererti kite mengalah....

~My Friend~

Ini lah saya,harini saya rasa jari jemari saya yang dipenuhi inai ni nak perkenalkan kawan2 at ~Villa 215~...
Ni k.long dalam bilik sy...die paling tua dlm bilik sy...sesuai la die sebagai k.long cz dari segi perwatakan die yg t.care sal kawan2 mmg mcm seorg kakak...mybe sbb die mmg anak sulung dalam family so dh terdidik la watak seorg kakak... i <3 u la k.long....name die adelah syazwani tp kiteorg panggil wani je... :)
ni plak dekyah,die ni org johor jgk mcm sy...die ni mnje,mase first2 sy knl die sy ingat die lagi tua dari sy tapi rupe2nyer kiteorg ni sebaya...die ni baik,dulu die ni agak penakut sikit lau nk gi mane2 tp dh lme2 ngn kiteorg die dh semakin berani...die ni plak anak ke-2 dlam family...x tinggi mne tpdie akn jadi tinggi mcm sy cz die suke pakai high heel...jgn marah ea dekyah... =)

Hah yang ni plak name die nabilah tp kitorg panggil die bella...die ni mnje sgt,pandai bergaya n sy suke sgt cara die yg mnje2 2 comel sgt...die ni kaki shopping n suke jln2 tp die x suke pnas2..blh jdi gang la dgn sy yg mmg kaki jln ni...bella ni kiteorg anggap mcm adik bongsu dlm  bilik kiteorg cz die mnje sgt ngn kwn2...suke tgk die ngis comel sgt smpai kiteorg salu ingat die tgh ketawa...die ni org kuantan,pahang...
Yg ni plak ima...die org lipis,pahang gak...die ni jenis yg giler2...pandai presentation...salu tlg sy,sy gelar die (kamus bergerak) cz die byk kosa kata...sy x sgt sy tau eja je...so bile die x dtg kelas sy jdi blurr sikit...die ni senior bilik sy la utk 2 or 3 hari la x silap sy...huhuhuhu... ^.-
ni pon senior bilik sy yg 2 or 3 hari 2 jgk..huhuhu,die ni org nogori...die mmg terror lau ckp n.9..suare die ni lau ckp mmg kuat,lau die kt luo org kt dlm bilik confirm blh dgr...die ni jiran tdo sy...betul2 dpn sy...die ni chubby girl...mcm teddy bear...huhuhuhu...
Yang ni plak syira..die ni pling kecik dlm bilik sy...bukan kecik dri segi umo tp kecik dri segi fizikal...kdng2 kiteorg pnggil die ni kechix sbb bdn die mmg kechix...die ni org kemaman...ape2 yg die ckp msti ade huruf G kt belakang,ng2 kiteorg salu gak kenekan die...die cume gelak2 je...die ni mnje cz die anak pmpuan sorang dlm family mcm sy jgk la...tp die lagi mnje...hehehehe....
Ni Izati,budak johor jgk...blh dikatakn bilik sy ni dipegang oleh budak2 johor la...die ni junior sy,die masuk bulan 6 rsenyer....die intake same dgn syira...so dieorg ni mmg mcm belngkas sikit la....die ni ala2 master chef la,die suke msk dlm bilik kiteorg..bella pling suke kalo die msk ikan bilis...hehehe...kene bodek die lebih sikit ni ti die mskkn utk sy jgk...hihihihihihi...

The lastly is suhaila a.k.a ila....die ni budak n.9 kuat mkn pds mmg membuktikan die ni budak n.9 la...die ni kurus je...kecik je bdn die...tp comel je...die ni x byk ckp sgt,die suke senyum je...die boleh mkn cili mcm 2 je....x sah die lau x mkn bende pedas sehari...pelik2 je ila ni...

Akhirnya,misi nk kenalkan kawan sebilik berjaya jgk dilaksnakan...Siti syg korang sume...siti mtk maaf sgt2 lau penah wat korang kecik hati ngan siti k...Ape2 pon siti tetap syg korang sume...
<3 u all....
(^__^)