Hargailah orang yang menyayangi kita...
Setelah kita juga melafazkan rasa sayang kita pada dia, jangan cuba menyakiti hatinya dia...
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog saya.. Tajuk entri saya kali ini lebih berkisarkan kepada kisah kehidupan di mana jika kita lihat bait-bait kata ini, " Hargai mereka yang menghargai kita" membawa maksud yang mendalam dan tersendiri bagi setiap insan yang menafsirkannya.
Namun, bagi saya cukup mudah jika saya memandang ke arah satu perspektif sahaja iaitu dari perspektif insan yang kita hargai. Yang jelas saya merujuk kepada insan yang kita sayangi yang mana kita tatang bagai minyak yang penuh contohnya rakan-rakan atau lebih kepada insan kekasih yang tidak menghargai kita sebagaimana kita menghargai mereka. Bukanlah maksud saya untuk membawa perkara ini lebih kepada negatif, namun boleh saya jadikan sebagai pengalaman dalam hidup saya sendiri.
Sememangnya kita tidak boleh mengharapkan apa-apa balasan yang sama kita berikan. Tetapi jika berpaut kepada perasaan, ia sangat mengguris hati yang lemah. Saya berpegang kepada bait ayat ini, "You give more, you get more"... Semakin banyak perasaan yang kita berikan, semakin banyak yang kita terima.. Walau bagaimanapun, kita semua manusia biasa.. Sering melakukan kesilapan.. Saya juga sering melakukan kesilapan.. "REDHA" itu sahaja yang dapat menenangkan jiwa buat insan yang terluka.
Apabila saya berhadapan dengan situasi sebegini, tiada apa lagi yang boleh dilakukan..Hidup mesti diteruskan sebagaimana detik waktu yang tidak akan menunggu kita..Begitulah CINTA.. Kadang-kadang manis, kadang-kadang bak hempedu.. Sabar sebahagian daripada iman, tawakkal dan bersedia menerima apa jua ketentuan yang ditetapkan.... Apa yang penting, sudah tentu ada hikmah atas sesuatu kejadian...
Alah bisa tegal biasa...
Alah bisa tegal biasa...
~ Sekian buat masa ini ~