The Sun 2

Friday 31 May 2013

Masa hadapan aku, aku yang fikir..

Assalammualaikum..

Masa hadapan aku, aku yang kene fikirkan.
masa hadapan aku, aku yang kene pilih.
setiap keputusan yang aku buat, aku kena fikirkan masa hadapan..
setiap pilihan yang aku pilih, semuenya mempengaruhi mase hadapan

kesian same otak ..
dekat 20 tahun aku hidup,
 dekat 20 tahun aku bernafas,
dia banyak berjasa, dia banyak berkhidmat untuk aku..
fikir itu dan ini.
berhenti hanya pada waktu aku tidur je
itu pon sekejap cume.
eh? sekejap ke aku tidur?
boleh la tahan sekejap dia. muahaha.

kalau otak  ni boleh dikeluarkan dan dimasukkan balik sesenang macam tu je,
mesti seronok...
boleh lah aku hug kuat2 bile dia bgi kputusan rasional dekat aku
boleh lah aku tampar dia laju2, bile dia xbagi kerjsame waktu aku perlukan..
tapi, aku tahu semue tu dongengan aku je.
eh, dongengan pon, otak aku juge yang fikir. ehehhe

back to our main topic,
mungkin, tak ramai yang tahu..
aku ni jenis yang selalu sngat fikir masa hadapn
terbayang bayang,
berangan berangan,
imagine itu , imagine ini..
ape yang aku jadi? aku jadi ape? ape terjadi dekat aku?

.yang selalu aku fikirkan,
mampu kah aku buat mak abah aku tersnyum bahagia melihat aku berjaya?
mampu kah aku balas balik semua jasa mak abah yang bela aku dari kecik sampai sekarang?
mampu kah aku berjaya setanding orang lain? atau lebih barangkali..
mampu kah aku galas tangungjwb yang lebih besar suatu hari nanti?
dan yang paling penting,
mampukan aku, untuk berusaha kearah muslimah atau wanita solehah?
dan..
dan,
satu lagii.. yang aku rase, kau orang pon fikirkan bende ni..
aku/kau kahwin dengan sape??bile??macam mane??blaa blaa blaa...
betul x? aku dah tahu dah. sebab otak aku pon selalu fikir bende tu. muahaha
bukan gatal,bukan miang tapi berbalik balik pada fitrah manusia.
ingin dicintai dan mencintai..

Akhir sekali yang kite kena yakin dab percaya,
Masa hadapan kita rahsia Allah,
Allah adalah sebaik-baik perancang,
Apa yang terjadi 10 tahum lagi, event ape yang terjadi esok pun,
Semua Allah dah Aturkan..
Cuma kita disuruh berfikir...fikir guna akal yang Allah bagi..


p/s : Allaj tak akan ubah nasib sesuatu kaum itu,kecuali kaum itu sendiri mengubah apa apa yang ada pada diri meraka... - Surah Ar-Rad: 11

Trauma...

Assalammualaikum...

Terima Kasih Ya Allah kerana masih memberi nikmat untuk terus hidup di dunia ini...

Rabu malam khamis yang lepas selang 3 bilik dari bilik aku telah dimasuki pencuri...
Serius takut sangat-sangat walaupun bukan bilik kiteorang yang kena...
Tapi tak tau la kenapa majoriti semua orang malam 2 x sedar,
Bilik yang kena masuk pencuri pun daripa 20 orang hanya seorang sahaja yang sedar...
Yang peliknya lepas pencuri 2 keluar semua orang tersedar dalam masa yang sama...

Adakah kami telah dipukau,
Selalunya bila bising-bising kiteorang selalunya senang terjaga,
Tapi malam 2 semua tak terjaga,
Tapi yang paling mengerikan pencuri 2 bawak parang,
Salah sorang daripa budak bilik 2,
Tangan die terluka akibat kene parang 2...

Takut sangat,
Dah la pencuri tu 3 orang,
Nasib baik lah mereka hanya mencuri n tak apa-apa kan pelajar wanita...
Barang boleh diganti,tapi nyawa dan harga diri tiada pengganti... 

Ni pesanan untuk korang:

1. Pastikan pintu dan tingkap rumah kita betul2 dikunci. Kalau boleh check la 2,3 kali
2. Kunci bilik tido kita dari dalam bila kita tido.
3. Simpan apa2 senjata (bukan pistol atau senapang je) dalam bilik contohnya kayu hoki ke, yang pakcik guard pakai tu apa ke namanya? Haa cota ke. Kayu besbol ke utk masa2 kecemasan. 
4. Kunci rumah, kunci kereta dan apa jenis kunci pun, bawak masuk dalam bilik. Jangan tinggalkan kat luar cthnya kat ruang tamu. Ia menyenangkan pencuri utk mencuri kereta anda.
5. Jangan sidai pakaian luar dan dalam kat ampaian malam2. Takut hilang dan kena mandrem.
6. Simpan nombor tipon jiran terdekat. Boleh call dorang kalau ada apa2 masalah.
7. Simpan nombor telefon balai polis berhampiran.

Thursday 30 May 2013

Ya Allah Permudahkan SegalaNya...

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum u all.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi. Maha Mengasihani..Sesungguhnya Aku yakin bahawa Allah sedang menguji aku.. Itu yang aku fikirkan sekarang ini.. Tapi terlalu berat ya Allah.. Dengan ujian yang kau berikan kepada aku… Aku tak sanggup ya Allah… Ya Allah ringankanlah ujian ini ya Allah..  




Ya ALLAH Ya Tuhanku,
KAU permudahkanlah segala urusanku…
hanya kepada ENGKAUlah aku berharap…
memohon pertolongan…

ku mohon kekuatan , ketabahan dan kesabaran dari-MU
agar dipermudahkan dalam menghadapi segala urusan sehari-hariku…
Sesungguhnya kepada Engkaulah ku berharap dan memohon pertolongan…
Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…

p/s : hrp u all semua tlg doa tuk aku k semoga allah permudahkan segala urusan akuu!!!

Monday 27 May 2013

Tempat Praktikal...

Selagi tak praktikal,
Selagi tu perasaan risau tak akan lari dalam diri...

Seriously risau sangat-sangat,
Sampai satu hari tu menangis pikir pasal ni n sampai gadu ngan Si Dia...

Awak bukan sengaja nak marah tapi stress yang teramat...
Mintak maaf ea...

Alhamdulillah,
Hari ni tak sia-sia ponteng dua kelas,
Hari ni macam-macam cabaran,
Pagi dengan ada presentation Managing,
Pas2 tiba-tiba dalam kelas Art n Craft dapat panggilan daripada Tunas Kijang,
Rasa cuak sangat sebab tak pernah gi interview,
Fully in english pulak tu,
Dah la tu tel Si Dia tak angakat-angkat,
Nekad gi sendiri naik teksi,
Macam-macam cabaran lah harini terpaksa lalui,
Alhamdulillah akhirnya dapat jugak nak praktikal kat situ...

Ni lah tempat bakal saya praktikal,
InsyaAllah kalau diizinkan Allah,
Doakan saya teman-teman...




p/s : Kita kena yakin dengan diri kita yang kita mampu untuk dapatkan sesuatu yang kita inginkan...

Sunday 26 May 2013

Kenangan...

Kenangan,
Terlalu sukar untuk di ungkapkan dan di lupakan,
Apatah lagi untuk dipadam terus dari kotak ingatan...

Kenangan,
Yang banyak mengajar kita erti kedewasaan,
Berubah kearah yang lebih baik dari sebelum...

Kenangan,
Banyak mengajar makna kehidupan,
Utamakan keluarga,hormati siapa yang banyak mengajar kita,hargai kawan,
Dan yang paling penting hargai orang yang sayang kita...

Kenangan,
Terlalu banyak untuk di ceritakan,
Terlalu tebal untuk di buku kan,
Tak ternilai harganya untuk dijual...

Semoga kenangan ini tidak hilang begitu saja,
Semoga kenangan ini akan terus kukuh dalam hubungan kita,
Semoga kenangan kita di susun rapi dalam sanubari dalam alam nyata,
Sehingga hembusan nafas yang terakhir...


# Kalau saya diberi dialong box macam ni,sayan nak tekan laju2 klik NO...
Saya tak pun satu memori antara kita hilang... ^__^


Semoga Hubungan Kita Kekal Hingga Ke Syurga...


#kalau aku diberi dialog box macam ni, aku akan laju2 klik NO!

Minggu Hari Belia...

Assalammualaikum...

Selamat Hari Belia semua,
Hurm...
Tahun ni ye Perhimpunan Belia tak seronok sangat macam tahun lepas...
Tahun ni punye bosan sikit la...
Takde apa sangat pun...

Tapi,
Ok la sebab ada si Dia yang sudi melayan kerenah saya walaupun penat seharian berkerja,
Terima kasih sayang...

Urmmmm,
Harini gi tengok cite Fast & Furious 6,
Best sangat-sangat,
Rugi sapa yang tak tengok...

Tapi harini hari pagi2 lagi dapat kejutan...
Saya dapat

|
|
|
|
|
v

Thanks a lot sayang...

Happy sangat harini,
Keluar ngan Kak Ain sekali,
Kena biasakan diri lepas ni ngan Kak Ain sebab nanti praktikal nak duduk ngan die....

Macam-macam perancangan dia dah tolong fikirkan...
Thanks a lot Kak Ain...

Terima Kasih sangat-sangat sayang sebab hadir dalam hidup saya...
Menceriakan hari-hari saya...

Walaupun kita selalu gaduh,selisih pendapat,kadang-kadang rasa tak serasi tapi kasih sayang kat awak tak pernah kurang...

Harap awak pun sama ea sayang... ^_^
Terima kasih sayang sebab selalu beralah n pertahankan hubungan kita...

Semoga Hubungan kita kekal ke akhir hayat...
Amin...


Saturday 25 May 2013

Maaf...

Assalammualaikum...

MAAF,
Tu je yang mampu aku ucapkan buat masa ni,
Aku tak tahu,aku tak pasti,
Tapi masih tertanya-tanya,kau marah?

atau...

Sikit pon kau tak heran?
Tapi seriously,aku terasa sangat,
Bukan terasa apa,
Cuma dalam dilema,
Kau marahkan aku atau kau malas nak ambik pusing?

Itu yang aku keliru...

Aku rasa,
Aku patut terasa dengan apa yang kau buat kat aku,
Aku bukan ego...

Ye aku akui aku ada ego aku sendiri,
Tapi salahkan untuk menoleh kembali ke masa silam n tengok apa salah kita???
Tak pernah kau ucap maaf pada ku...

Mungkin...
Kau rasa aku lupa,
Kau rasa aku tak heran pasal kau...

Kau silap,
Tapi kau ketahuilah...
Tak pernah dalam otak aku untuk kecik kan hati kawan-kawan,
Cuma terkadang aku juga punya perasaan untuk dimengerti...

Aku hanya lah aku,
Yang serba kekurangan,
Yang serba serbi tidak tahu,
Dan aku yang kadang-kadang cakap tak inagat perasaan orang...
Aku hanya seorang insan yang lemah...

Cuma satu je yang aku nak pesan,
Yang kau patut tahu,
Yang kau patut yakin,
Sejauh mana pun aku pergi,
Sejauh mana pun aku melangkah,
Ketahuilah SAHABAT,
Semua kenangan antaran kita tak akan pernah aku padam dari kotak ingatan...
Nama engkau sentiasa berlegar dalam fikiran aku..

Dan kau harus tahu,
Aku ada hati yang ikhlas yang menyayangi  insan yang bergelar SAHABAT,
Aku ada mata yang sangat sensitif,bila tengok kawan2 aku sedih,
Aku ada tangan yang sedia membantu tak kira apa jua masalah kau,
Aku tidak ingin kan balasan cuma ingin dihargai,
DAN
Aku ada telinga yang sentisa ada untuk dengar rintihan engakau...

<3 Sayang engaku dunia akhirat Sahabat <3

Friday 24 May 2013

Appreciate yourself first...


Everyone should take a moment today to appreciate what they have and how grateful they are...



Bila aku berada bersama kekadang aku seperti tidak wujud...
Bila aku bersuara kekadang tiada yang ingin melayani...
Bila aku tersenyum kekadang tidak terbalas dan di abaikan..
Diabaikan,buat tidak dengar seperti kehadiran aku tidak dapat dilihat...
Aku ada sama seperti aku tidak ada,aku manusia punya rasa dan perasaan !!!
Jangan abaikan aku jangan anggap aku tiada jangan pingirkan aku...
Jauh sudut hati aku kekadang akan terasa,Aku diamkan diri cuba sembunyikan...
Maaf ku ingin katakan tersilap kata bahasa sikap layanan dan perangai !!!
Aku rindukan yang dulu bukan yang sekarang Jangan abaikan aku kawan...
i always love all my friends and i miss you all so much

p/s:Ikhlas dari hati... :|

I will be a practical teacher...


Urm,
Bila tau dah nak habis belajar,
Macam-macam perasaan timbul...

Takut ada,seronok ada...
Ya Allah,
Bantu lah hamba mu ini...

Semoga cita-cita ku untuk membuka sebuah Tadika tercapai...
Amin...


Managing...Oh Managing...


Managing oh Managing,
Kamu membuat kami semua stress...
Business plan please be kind with us...

Ya Allah,
Kau permudahkan lah segala urusan ku Ya Allah,
Kau jauhkan lah kami daripada perkara-perkara yang buruk,
Sesungguhnya Hanya Kau sahaja yang mengetahui yang mana baik dan buruk untuk Hambamu ini...


Doakan kami semoga presentation pada minggu hadapan berjalan dengan lancar...
Amin...

Selamat Hari Guru...

Uwaaa...
Dah terlambat rasanya nak update untuk ucap Hari Guru...

Cop3x,
Tak semestinya kan nak ucapa Selamat Hari Guru mesti tunggu 16 Mei...
Takde pon undang2 yang menetapkan camtu kan...

Terima Kasih,
Cikgu-cikgu yang telah banyak memberi tunjuk ajar,
Daripada tidak tahu kepada tahu...

Maafkan anak murid mu ini,
Andai kata pernah membuat kamu berkecil hati...
Love all of you....

p/s : Ni gambar masa gi sekolah...
17 Mei 2013,
Melawat cikgu-cikgu SMKSM sempena Hari guru...


No Tittle...


Ku mencari, 
Ku mencari,
Apakah salahku,
Kau buat ku termenung seorangan... ^__^

#Sometimes kita tidak akan sedar bila kita buat salah... =.='
Saya nak mintak maaf kat semua kenalan saya jika berlaku salah faham yang di sengajakan atau tidak di sengajakan...

#Doakan saya berjaya untuk semester yang terakhir ini...

p/s : Bila kita pernah jatuh,ia akan membuatkan diri kita lebih kuat untuk meneruskan perjalanan... ^__^


p/s : Awak...awak & awak...
Maafkan saya atas kekurangan yang ada...
I will try my best...

Sekadar Luahan Rasa

Tak pernah terfikir untuk berjauhan daripada orang yang kita sayang...

Ya Allah,
Kenapa berat sangat ujian ini,
Berikan aku kekuatan Ya Allah,
Aku sayangkan dia...

Rindu kat blog...

Huh,
Dah lame sangat2 tak update blog...
Sibuk sangat-sangat bila dah semester akhir..

Sedar tak sedar,
Dah nak praktikal dah...
Macam-macam dugaan bila dah semester akhir...

Ya Allah,
Kuatkan lah hambamu ini untuk menempuh hari-hari yang mendatang...