The Sun 2

Wednesday, 19 September 2012

Terima Kasih Sayang...



Terima kasih sayang atas pemberian ini...
Paling bermakna yang saya rasakan yang ada tertulis " Sayang Siti "...
Lain dari yang lain hadiah yang saya pernah dapat...

~ S.A.Y.A.N.G     A.W.A.K ~



Awak,maafkan saya...


Awak,
Maafkan saya,
Maafkan saya atas ketelanjuran dalam pertuturan saya...

Saya selalu pentingkan diri,
Kadang-kadang saya tak pedulikan perasaan awak,
Saya hanya memikirkan perasaan saya je...

Awak,
Maafkan saya sebab terlalu manja...

Awak,
Terima kasih sebab setia dengan saya,
Walaupun saya selalu sakitkan hati awak....


Walaupun saya garang,
tapi masih wujud lagi kelembutan dalam diri saya...
>.<"

Thursday, 13 September 2012

Dengarlah Bintang Hatiku...

Dengarlah bintang hatiku , Aku akan menjagamu,
Dalam hidup dan matiku , Hanya kaulah yang aku tuju,
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati...

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku,
Walau ku tahu ragamu tak utuh,
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh,
Karna bagiku engkaulah nyawaku...


My heart is beating so fast, I don't even know what the heck is spinning around in my head .
The thing is, I MISS YOU SO MUCH... :'(


Wednesday, 12 September 2012

Tahniah Sayang...

♥ Congratulations My Dear ♥
" I'm proud with you My Dear... "


Alhamdulilah,
Penapisan pertama untuk sayang masuk TUDM berjaya,
Tinggal penapisan yang kedua je.

Semoga berjaya Sayang !!!

p/s : Sayang !!!
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak mengalah.

Tuesday, 11 September 2012

-.-''



Me are good in acting,
Smile and laugh,
But they don't know anything deep inside...

Smile can make you strong... ^_^

Sunday, 26 August 2012

Bila Saya Merinduinya...

Bila rindu dah setengah mati,Rasa tak tau nak wat apa,
Semua benda rasa ada je tak kene...

Berat hati ni,Hati rasa sayu sangat lagi-lagi bila dah nak raya,
Terpaksa berjauhan dengan insan tercinta...

Tapi malam tu memang dah tak boleh tahan,
Rindu semakin menebal...

Dia telefon,Pastu nangis2 cakap rindu kat dia...
Pas2 die tuliskan saya satu puisi...
Puisi ke???Ke syair ek???
Ape2 jela...

Sayang,
Bangkitlah,
Matahari sudah meninggi,
Sampai masa bulan berlena...

Sepi bulan semalam tanpa bintang...

Merajuk matahari,
Pelangi tak datang,
Utara selatan menjadi penghalang,
Untuk aku bertemu mu sayang...

Ada nyiur melambai gemalai,
Ada pesan minta disampai,
Angin jangan menjadi badai...

Di bawah langit yang sama,
Kita hirupi udara,
Tanpa mengira dimana,
Utara mahupun selatan...

Ada desa yang indah permai,
Ada rasa yang tenang damai,
Ada harapan minta dibelai,
Cinta jangan jadi bengkalai...

Jangan kau risau akan perpisahan ini,
Ianya umpama hidup cuma sementara,
Percayalah pada syurga dan neraka,
Begiulah cinta ku padamu KEKAL...

14.08.2012 (05.27 a.m)

Terima kasih sayang sebab memahami,teman saya bila saya tak boleh nak tidur sebab rindukan awak...Sayang awak...

Tuesday, 7 August 2012

Buat Bakal Suamiku...


Aku hanya wanita biasa,
Tampak sempurna di luarannya,
Namun hakikat masih memerlukan seseorang,
Untuk menyempurnakan kehidupanku...

Dan buat Adam yang bakal menjadi pendampingku kelak,
Ketahuilah bahawasanya,
Aku takkan selamanya nampak muda dan menarik,
Kerana waktu bakal menjamah uisa,
Tua itu pasti menjangkau tiba...

Buat dia bakal menjadi raja di hati,

Aku hanya wanita biasa,
Kadangkala ada waktu,
Saat kerja menghambat waktu,
Aku mungkin terlalai seketika,
Maafkanlah aku,
Apabila aku alpa dengan duniawi,
Maka tegur dan bimbinglah aku...

Buat dia bakal imamku,

Aku hanya wanita biasa,
Aku mohon sokongan dan bimbingan,
Aku mohon pemahaman dan pengertian,
Aku mohon kasih sayang tidak berpenghujung,
Aku mohon kekuatan meneruskan liku-liku kehidupan...

Bimbinglah aku,
Ajarlah aku,
Fahamkan aku supaya aku tahu,
Redhakanlah hatimu menerima segala kekuranganku,
Kerana aku hanya wanita biasa...

I love you my future husband...
I hope our relationship until jannah...