The Sun 2

Sunday, 26 August 2012

Bila Saya Merinduinya...

Bila rindu dah setengah mati,Rasa tak tau nak wat apa,
Semua benda rasa ada je tak kene...

Berat hati ni,Hati rasa sayu sangat lagi-lagi bila dah nak raya,
Terpaksa berjauhan dengan insan tercinta...

Tapi malam tu memang dah tak boleh tahan,
Rindu semakin menebal...

Dia telefon,Pastu nangis2 cakap rindu kat dia...
Pas2 die tuliskan saya satu puisi...
Puisi ke???Ke syair ek???
Ape2 jela...

Sayang,
Bangkitlah,
Matahari sudah meninggi,
Sampai masa bulan berlena...

Sepi bulan semalam tanpa bintang...

Merajuk matahari,
Pelangi tak datang,
Utara selatan menjadi penghalang,
Untuk aku bertemu mu sayang...

Ada nyiur melambai gemalai,
Ada pesan minta disampai,
Angin jangan menjadi badai...

Di bawah langit yang sama,
Kita hirupi udara,
Tanpa mengira dimana,
Utara mahupun selatan...

Ada desa yang indah permai,
Ada rasa yang tenang damai,
Ada harapan minta dibelai,
Cinta jangan jadi bengkalai...

Jangan kau risau akan perpisahan ini,
Ianya umpama hidup cuma sementara,
Percayalah pada syurga dan neraka,
Begiulah cinta ku padamu KEKAL...

14.08.2012 (05.27 a.m)

Terima kasih sayang sebab memahami,teman saya bila saya tak boleh nak tidur sebab rindukan awak...Sayang awak...

Tuesday, 7 August 2012

Buat Bakal Suamiku...


Aku hanya wanita biasa,
Tampak sempurna di luarannya,
Namun hakikat masih memerlukan seseorang,
Untuk menyempurnakan kehidupanku...

Dan buat Adam yang bakal menjadi pendampingku kelak,
Ketahuilah bahawasanya,
Aku takkan selamanya nampak muda dan menarik,
Kerana waktu bakal menjamah uisa,
Tua itu pasti menjangkau tiba...

Buat dia bakal menjadi raja di hati,

Aku hanya wanita biasa,
Kadangkala ada waktu,
Saat kerja menghambat waktu,
Aku mungkin terlalai seketika,
Maafkanlah aku,
Apabila aku alpa dengan duniawi,
Maka tegur dan bimbinglah aku...

Buat dia bakal imamku,

Aku hanya wanita biasa,
Aku mohon sokongan dan bimbingan,
Aku mohon pemahaman dan pengertian,
Aku mohon kasih sayang tidak berpenghujung,
Aku mohon kekuatan meneruskan liku-liku kehidupan...

Bimbinglah aku,
Ajarlah aku,
Fahamkan aku supaya aku tahu,
Redhakanlah hatimu menerima segala kekuranganku,
Kerana aku hanya wanita biasa...

I love you my future husband...
I hope our relationship until jannah...


Dear My Future Husband...


Dear my future husband,

I can't describe my love,
It's hidden in every space,
It may not be seen easily,
And never you will find it,
Unless you catch my eyes,
And until you get suprised.... :')

Love you sayang...



Thursday, 2 August 2012

Tertinggal Bas...

Bagi pelajar macam aku,
Dapat pulang ke kampung halaman sangat dinantikan...

Sebelum-sebelum ni,
Hari Khamis dah boleh balik dah...

Tapi...
Bila dah ambik usrah,
Hari Jumaat pon ada kelas...
"Jasad di kolej,fikiran di kampung"

                Nak dijadikan cerita,hari Jumaat habis kelas pukul 5.30 petang.Hujan turun dengan lebat.Kilat dan guruh sambung menyambung.Nak tahan teksi macam mana la kan.Nasib baik Superman saya datang disaat saya memerlukannya.

                Rasa lega sangat sebab datangnya Superman untuk datang membantu.Gerak dari hostel pukul 6.00 petang.Ok,sempat ni sebab nak naik bas pukul 7.30 petang.

                Perasaan senang hati yang tak kekal lama pun.Sebab apa?Jalan jem sangat-sangat,takut sangat tak dapat naik bas.Ketakutan yang telah menjadi realiti.Samapai kat TBS pukul 8.00 malam.Hati masih berharap tiket ke Melaka,Muar & Batu Pahat ada.Tapi semua tiket telah habis dijual. :'(

                Urm sedih sangat-sangat.Orang lain semua dapat sambut puasa dengan family tapi saya sambut puasa dengan keluarga orang lain.So sad.

Ni lah tiket bas yang saya tertinggal bas 2.
^_^


"Masa kat TBS,nangis tanpa perasaan malu depan orang ramai.Sepanjang perjalanan pulang ke asrama menangis je."


(Kesian Superman saya,dah lah dia silau bila malam.Dia tanya saya jalan saya buat tak tau je.)
Sorry ea sayang !!!


p/s : Menyesal sangat tak mintak Miss balik awal...
Kalau tak mesti dapat balik sambut puasa dengan family...

Standing alone doesn't mean I am alone,
It means I'm strong enough,to handle things all by myself...



Monday, 16 July 2012

Patah Tumbuh Hilang Berganti...

Apabila seseorang meninggalkan kita,
Pasti kita akan merasakan kehilangannya.

 Ibarat pepatah di atas,
Patah Tumbuh Hilang Berganti,
Walaupun yang tumbuh dan yang berganti tak sama dengan yang pergi.

Tapi,
Dengan kehadiran orang baru di Villa 215,
Mungkin dapat mengubati kesunyian teman-teman sebilik,
Dapat menceriakan Villa 215 yang mula suram dengan gelak tawa...

Terima kasih,
Sebab Dila & Lia hadir untuk K.A.M.I,

Buat Dekyah,Wani,Ekin,Ima & Shira yang meneruskan perjalanan di simpang & selekoh yang berbeza;

Buah pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan,
Walau jauh beribu batu,
Hilang di mata di hati jangan.







Saturday, 14 July 2012

Ahlan Wasahlan Ramadhan...

Syaaban mula melabuhkan tirainya,
Kini tirai Ramadhan pula bakal dibuka...

Tahun ni merupakan tahun ke-2,
Berpuasa tanpa keluarga disisi...

Tapi bezanya tahun ni,
Dulu bersahur & berbuka ramai-ramai...

Tapi tahun ni,
Hanya kami berlima je,
Saya,Bella,Izzati,Ila & Erin...

Siti rindu sangat nak bersahur & berbuka macam dulu,
Nak berbuka dengan semua (Bella,Dekyah,Wani,Izzati,Ila,Shira,Ima,Erin & Ekin)...



Kalau masa boleh diundur semula,
Siti nak baiki semua kesilapan yang Siti pernah buat dulu...

Kalau boleh,
Tak nak ada satu pon kenangan yang boleh menyakitkan hati...

Sungguh !!! Kalau boleh diputar semula masa ... Banyak yang nk diperbetulkan ...
Sungguh !!! Kalau masa boleh diundur semula ... Banyak benda yang nak dilakukan...

N.A.M.U.N

Masa tak akan tunggu kita kan ???
Masa tak dapat diundurkan semula kan ???
Sungguh !!! Rindu sangat " Waktu " tu ...

T.A.P.I

Apa pon kita tak boleh menyesal sebab hidup ni kena teruskan jugak...Kita kena bersyukur sebab kita masih diberikan kesempatan lagi untuk Ramadhan kali ni...

" Allah tak akan memisahkan sesuatu dari hambaNYA kecuali DIA menggantinya dengan yang lebih baik. Dan Allah tidak pernah ingkar janji...Lalu kenapa saya tidak harus percaya atas janji Allah "



p/s : Rindu sangat saat-saat ni...

Siti mintak maaf kat semua kawan-kawan Siti...
Siti sayang korang...

^_^



Friday, 13 July 2012

Cuti Semester... ( Part 1)

19.07.2012

Tarikh ini merupakan tarikh keramat buatku untuk semester 4...
Bersyukur aku kehadrat ilahi,
Kerana umur ku masih dipanjangkan...
Dan masih dapat bernafas...
Akhirnya,
Aku berjaya menamatkan semester 4 dengan jayanya...

p/s : saat menulis entry ini result pon dah keluar & Alhamdulilah keputusan exam kali ini lebih baik daripada semester lepas...Thanks keluarga,orang yang tersayang,cikgu2 & kawan2 yang banyak memberi dorongan,bimbingan,serta doa yang tak pernah putus...

Masa tulis entry ni tetiba rasa rindu kat awak la Sayang,
Tetiba bau perfume awak... ^.-
Miss u a lot my dear

Hurm...
19.07.2012 : Merupakan hari yang agak sibuk dan terkejar-kejar.
Mana tak nya,orang sibuk kemas beg balik kampung,saya sibuk baca buku. "baca ke???"
Bacalah jugak.
Habis exam terus pergi cafe kat kolej sebab takut lambat sangat makan.
Balik asrama kemas2 beg,basuh pinggan mangkuk,sapu bilik,kemas katil2 & almari kosong sebab takut ade new intake masuk. "xde pon",penat je mengemas. =.='
Siap je jadi saya & kawan2 menjadi bibik untuk beberapa minit,
Mengambil keputusan nak mandi & makan.

Maklumlah,
Saya ni memang sibuk sikit,
Saya nak ambik surat pulak kat pejabat GPMS,
Surat apa???
Surat nak pergi lari dari negeri Johor masa cuti semesterlah...

Cuti semester saya yang hanya 2 minggu itu,
Saya habiskan seminggu je kat Johor,
Seminggu lagi di Terengganu...

Buat apa plak kat Terengganu???
Saya jadi pengedar keropok lekor kat sana...

Hah,
Tak tipu kan???

Huhuhuhuhu,
Nilah kerja part time saya,
Maklumlah nak cari duit lebih nak kawin cepat...
" Gatal !!! "

Erm,
Sebenarnya,
Tujuan saya berada di Terengganu ialah,
Saya jadi urus setia untuk Persidangan Agung GPMS Kebangsaan ke-58...

Nilah program yang saya pergi 2.
p/s : Harap maaf gambar kurang jelas...


Perjalanan saya bermula pada 27 Julai 2012...

Jadual asal,
Konon nak gerak kul 8 pagi,
Last2 kul 3 petang jugak baru gerak masuk tol...

Mana tak nya,
Ada yang lom bangun lah,
Baru bangun nak mandi lah,
Baru nak masukkan barang cenderahati untuk perwakilan lah...

Ok,
Konon nak sarapan,
Last-last semua cakap cmni "kita makan tengah hari jela"...
Huhuhuhu

Ok,
Masuk je tol,
Apa lagi baca komik & tido terus...

Bangun tidur je,
Perut dah main lagu keroncong,
Mendayu-dayu sungguh lagu keroncong dalam perut saya ni...

Nasib baik la,
Abang Rosdi,Abang Rizal,Dafi & Kak Ainun kuat makan... ( maklumlah saya kuat makan )

Perjalanan yang membosankan,
Saya memang tak suka sepanjang perjalanan saya,
Pokok-pokok je yang ada nanti rasa macam pening-pening sikit...

p/s : Mak saya salu cakap cmni
 " nanti kalau akak kawin dpt org pendalaman baru tau "

Perjalanan yang mengambil masa 8 jam,
Letih yang teramat tau bukan main-main punya,
Sampai terfikir camni "pasni x nak gi Kuala Terengganu lagi"...


Ok,
Sampai dalam pukul 9 lebih la,
Ingatkan sampai boleh lah rehat kan???

Tapi,
Malam tu ada meeting untuk AJK...

Tak join pon,
Dok kat lobi gayut & lelapkan mata sekejap...

Habis meeting dalam kul 2 pagi,

Pas2 gi makan burger plak "dalam hati,saya tak nak makan...saya nak tido"...

Hah,
Nilah burger yang dimaksudkan...

Ok yang ni plak ialah : Senarai harga burger...


28 Julai 2012.

Ok,
Keesokan paginya,
Konon nak bangun awal...

Last2 sume terlajak,
Dua2 bangun lambat... APTB tol la...

Bangun2 pagi,
Gi serbu bilik meeting,
Pas2 yang dah bangun cuma 2 orang je ( saya & Kak Ainun)...

Last2,
Plan nak gi sarapan,
Pas2 uruskan tu lah,ni lah,
Akhirnya,makan tengah hari lah jawabnya...

Makan kat mana ???

Makan kat Mydin terbesar kat Malaysia tau.
Jangan main-main...

To be continue....