The Sun 2

Monday, 30 January 2012

Rizuan E-one

Ting...ToooonnGG...!!!
Ting...ToooonnGG...!!!

HaLo UncLe..., CT aLE Tak..???
Haa...!! ALE...!! BaGOoot, Ini MaCaM UncLe.....
Ale BnDa Sya MaU Ckp SaMa UncLe....
SaYe Mau WISH SaMa DiA... Itu CT Laa...SaPa LaGie..
SaYa MaU Mnx SoLIE SaMa Dia...
Haa,, APA PaSaT...???
YeLa UncLe... SiKaLaNg KaN MuSiM TaWOn BaLu CHiNa...
GONG XI FA CHAI Laa....
{tgah sdap brsmbg ngn uncle,awk pun kuar}
E'eeeHHH.... CT.....!!! U pigi MaNa Haa...???
SaYa Mao MnTaK SoLiE eA....
LaU SaYa Ala BUAt SiLaP SaMa U...
Ouhhh Yaa..!!! Ini... SaYa AdA BaWak BuAh LiMaO...
SaTu LoRi Maa...
KhAs uTk U... AmBeKLaa..... SaYe BaGiE...!!!
{ketike itu awk pun trharu & Mngalirkan air mata}
HaKHaKHaK...!!!!
GONG XI FA CHAI...!!!
^_^ (>_<)


p/s:tq to Rizuan E-one cz wat citer ni....






Senyumlah sahabat..


Senyumlah dan serilah wajah,
Walau pudar dan hambar datang tak sudah,
Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,
Doaku agar kita berani seperti Hamzah,
Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.

jadilah sahabat yang baik…
Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.
Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Binalah nilai seorg sahabat yg baik..

Friday, 27 January 2012

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS

SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.

"YA ALLAH, BINALAH UNTUKKU SEBUAH RUMAH DI SYURGA DEKAT DENGAN-MU". (DOA ASIAH....ISTERI FIRAUN).


*yang ku mampu ku lakukan buat masa ini adalah berdoa & berdoa*

Thursday, 26 January 2012

-Bersangka Baik-

‎~Bersangka baik kunci ukhwah.
Jangan berkecil hati jika orang lain salah faham pada kita. 

Kerna Allah faham akan isi hati kita.

Jangan gusar jika ada yang menghakimi kita,

Kerna tiada hakim sebaik Allah.

Ketika bumi mulai bergoncang dan tanah mulai retak, ingatlah Allah bersama kita.

Dan ketika kita ditimbus tanah, ketahuilah hanya Amal yang setia bersama kita.

Tiada yang menyakitkan, tiada pula yang menakutkan jika hati ini terikat pada cinta kepda Allah dan Rasulnya.~




Tuesday, 24 January 2012

Diriku Adalah Aku...

AKU BERSEDIH....

Aku tak pernah menyangka.... Kesedihan juga mampu mengubah tingkah laku ku... Aku tidak menyangka sama sekali... Perasaan tabah yang aku simpan selama ini lebur jua... Aku tak mampu menghalang rintikan jernih yang mula mengalir dipipi... Semakin lama semakin deras... Sederas degupan jantung aku tika ini... Sesesak nafasku menahan tangisan... Suara ku tak mungkin terlontar dari peti suara yang mulai perih... Aku tidak pernah menyangka ia akan terjadi pada ku...

AKU SEORANG YANG TABAH!!!! 

YA!!!! Aku seorang yang tabah!!!Aku perlu kuat menjalani liku-liku hidup ini tanpa menongkat tangan orang lain bagi memimpin aku untuk mengharungi hidup ini... Hidup ini kadang-kala kejam terhadapku... (sebenarnya aku yang tersilap... Hidup tidak pernah kejam.. Tetapi aku yang kejam terhadap diri aku..) Aku perlu bangkit dari kesedihan ini.... Kesedihan yang takpernah aku tahu hujung pangkalnya... Aku perlu keluar dari belenggu ini... Aku perlu melakukannya untuk hidup aku... Kerana aku tahu... Aku seorang pejuang....

AKU SEORANG PEJUANG!!!!!

Aku perlu menjadi seperti seorang pejuang... Aku dilahirkan sejak mula lagi sebagai seorang pejuang... Langkah kaki ku ini jua perlu seimbang... Bagi memastikan aku tetap menjadi seorang pejuang... Selepas aku tersungkur jatuh menghadapi kekecewaan... Aku tidak perlu takut untuk jatuh tersungkur lagi... Kerana aku seorang pejuang yang lasak dengan ilmu yang telah di titip sejak kecil lagi.... Aku perlu menjadi pemenang....


AKU SEORANG PEMENANG!!!!

Aku akan berusaha untuk menjadi seorang pemenang... Kerana aku tahu, walaupun aku kalah pada satu perasaan, aku tetap jua seorang pemenang apabila aku dapat bangkit dari kekecewaan itu... Aku perlu menjadi pemenang, kerana aku mahu buktikan bahawa aku bukanlah pejuang yang senang menyerah kalah... Aku berundur bukan bererti aku mengalah... Tetapi aku berundur demi mencipta sesuatu yang bermakna untuk dijadikan pengajaran... Aku perlu sedar...

AKU PERLU SEDAR!!!

Sedarlah diri ku... Jangan kau di buai perasaan sedih dan kecewa... Lap lah air matamu... Bangkitlah kamu sebagai seorang pejuang yang ingin menuntut kemenangan... Kemenangan yang bermakna buat dirimu... Bangun lah semangat ku... Kerana eangkaulah pendampingku yang nombor satu... Wujudmu dalam diri ku membantu aku menghadapi hari-hari sukar... Senyumlah bibirku... Semoga senyumanku bakal menenangkan hati mereka yang melihat kejatuhanku, yang juga membantu memberi sokongan pada diriku... Akhir sekali... Pergilah kau sengsara... Aku perlu bangkit untuk diriku...Kerana aku seorang pemenang....



p/s:diam x bermakna kite kalah...kadang-kala diam 2 lebih baik....kepada seorang insan yang bernama wanita,saya merayu cukup2 la ambik tau sal sy ok....x perlu bce blog sy,x perlu la ambik tau sal sy langsung....x perlu jugak la nk citer sal sy kt blog awak 2 ok...SAYA TAK SUKA LAH.....CUKUP-CUKUP LAH SAKITI PERASAAN ORANG...SAYA PUN ADA PERASAAN...

*senyumlah wahai bibir,jangan kau hiasi wajahmu itu dengan air mata kesedihan*
(03.04 p.m-24.01.2012)


      
        

Saturday, 21 January 2012

Hanya Padamu Tempat Ku Mengadu



Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku muslimah yang disenangi
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi Muslimah yg Solehah

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Wednesday, 18 January 2012

~Maafkan Ku~

Assalammualaikum...

Maaf,
Mungkin diriku ini bukan seorang sahabat & teman yang terbaik.

Maaf,
Mungkin selama ini aku sering melalaikan perasaan & menyakiti hatimu.

Maaf,
Mungkin bicaraku pernah membuatkan hatimu terluka & berasa pedih.


Maaf,
Mungkin selama ini aku tidak cuba untuk memahami dirimu.

Maaf aku hanya insan biasa,
Aku hanya mampu panjatkan doa agar Allah sentiasa menyayangimu & melindungimu...

p/s:Siapa sahaja dirimu,kamu tetap SAHABATKU...

Monday, 16 January 2012

Assalammualaikum w.b.t

Hari ni rasa letih sangat,tapi tak tau la kenapa....
Nak kata letih,tak jugak.Hari ni je dah ponteng 2 kelas & tidur sampai tak sedar diri.Tido sampai kul 12.15 elok sangat la anak dara macam 2.
Lepas abis kelas Advance 2 plak,sampai je Villa-215 (Uncle Mail's House) terus je tido & makan ubat.
Lepas 2 tido lagi mmg aktiviti utk harini tdo je kot.Kenapa badan ni rase letih sgt ni???Salu je demam,letih sgt jadinya.
Tapi x baik merungut kawan saya (Kurozu Aiman) penah pesan jangan merungut kalau diuji oleh Allah s.w.t sbb sakit ni kifarah dosa.

Tak tahu la kenapa,sejak akhir-akhir ni asyik bad mood je.Hari ni yang paling ketara sangat,aku rasa macam x nk cakap dengan sape-sape je.Tangan ni je yang mampu luahkan segala-galanya kt Blog ni.Rasa lain sangat hari ni,kenape erk???Aku ade teringat kat sape-sape ke???Mungkin la kot,ingat kat orang yang tak pernah ingat kat kita n mungkin jugak org 2 tgh berbahagia dengan org lain.Huh susah la hidup macam ni,nak jugak bahagia macam orang lain...




Dah-dah la tu Siti Fatimah Hamid cukup-cukup la tu seksa diri sendiri.
Pikir la die disana sedang berbahagia dengan orang lain.Cukup la merindui dirinya.Jangan sakiti hatimu sendiri Siti Fatimah Hamid.

Alhamdulilah,kau patut bersyukur kepada Allah s.w.t kerana Dia telah memberi ku kekuatan untuk mengharungi kehidupan ini.Kau x payah la nak kenang kisah silam tu lagi.
Tak payah la nak kenang-kenang lagi bende yang lepas,dah memang terbukti dia bukan hak milik kau lagi.
Allah pasti akan sediakan yang terbaik untuk kau,mungkin bukan harini tapi utk masa akan datang.
Kita hanya mampu berdoa je agar kita dapat yang terbaik.
Be Strong Girl,don't cry again & again.

Aku rasa aku perlukan sesuatu yang dapat aku lupakan semua ni,tapi macam mane???Nak gi holiday sorang2 confirm x boleh,nak gi shopping blh abis duit aku dibuatnya.Hurm bila dgr lagu ni confirm aku rasa sedih.


p/s:Tahan jela air mata ni cukup la aku bazirkan air mata aku untuk sorang laki...

Terima kasih blog kerana menjadi temanku malam ni.Thanks dengar luahan hati ku ini.Aku lega,aku harap aku akan jadi lebih baik & lebih baik lagi lepas ni.Aku nak ngis puas2 malam ni...Nite u all...