The Sun 2

Monday, 20 April 2015

Cinta Jarak Jauh...

Kadang2 aku rasa aku kuat,
Kadang2 aku rasa aku lemah,
Kadang2 aku berani,
Kadang2 aku penakut...

Ya Allah,
Kau permudahkan lah segala urusan ku dan si dia,
Kau permudahkan lah segala urusan ku untuk menjadi yang halal untuknya...


I Miss You


Thanks sayang sebab hadir dalam hidup siti,
Thanks sabar dan setia menunggu...

Thanks banyak korbankan semua perkara untuk siti,
Thanks sanggup layan kerenah siti,
Thanks sanggup datang dari Perak ke KL semata2 nk tolong siti...

Thanks sanggup berulang alik dari Perak ke KL,
Semata2 nak jumpa n hilangkan rasa rindu...

Thanks ada disaat siti jatuh,
Thanks ada disaat siti perlukan kamu...

Terima kasih sayang untuk segala-galanya,
2 hari tak cukup nak lepaskan rindu,
Sibuk dengan keje sangat...

p/s: Dah mula rindu sayang...
Ya Allah kau permudahkan la segalanya...
Aku ingin sentiasa dekat dengannya...


Monday, 6 April 2015

Jiwa

Ada jiwa yang tertuang bila dia ingin pergi
Ada hati yang meracik bila dia pinta untuk pergi

Tapi

Untuk jiwa yang satu itu
Akan terus mekar
Disatu sudut
Didalam hati

PERGI


Walaupun kejam dalam dunia
Percayalah ada cinta lebih baik
Darinya .

Dia pergi
Pergi waktu kau memerlukannya
Pergi bila kau mahu bersamanya
Pergi dan kau melepaskannya tanpa penjelasan .

Dan kau hidup seakan bersamanya
Kau tulis surat untuk dia yang pergi
Kau simpan dan kau menangis sendiri .

Keseorangan dalam perasaan hiba
Malam yang semakin lena
Kau rasa tak layak untuknya
Tapi hati kau jelas berkata
Aku mahu dia di syurga sana .

Tuesday, 24 March 2015

Secebis Rindu

Assalammualaikum...

Cebisan rindu itu,buat aku alpa kadang terleka
Cebisan rindu itu, buat aku bahagia kadang terluka...
Cebisan rindu itu,kerap kali datang dan tak mahu pulang

Walau secebis cuma,
Seksanya menikam jiwa,
Laranya bak tertusuk duri

Wahai rindu yang secebis,
Hadirmu kadang tidak dipandang oleh pemilik rindu
Hadirmu kadang mengundang resah dalam sanubari ini

Pergi...Pergi jauh jauh
Dari lubuk hati ini
Izinkan aku bebas dari belenggu rindu
Mohon.
Izinkan aku



Monday, 23 March 2015

Perempuan...

Bila dia marah
Dia cakap macam macam

Takpe
Biarkan dia luah semua
Sepuasnya

Kau diam saja
Jangan lawan
Jangan serang
Kau kena bersabar
Dengar kata kata dia waktu dia marah
Kadang dia main lepas je
Kadang apa yang dia cakap tak pakai otak.

Memang,
Dia memang begitu.
Kau jangan ambil hati sangat
Jangan kecil hati.

Kau hanya tolong diam,
Dengarkan.
Bagi dia habis cakap semua,
Jangan potong.
Bila dia habis cakap,
Barulah kau minta maaf.


Dulu-dulu

Masa kecil dulu,
Kalau menangis,
Nak menangis sekuat yang boleh,
Nak semua dengar,
Nak semua orang beri perhatian.

Bila dah besar,
Kalau rasa nak nangis pun,
Kita mesti jauhkan diri daripada orang,
Menangis sorang-sorang,
Menangis yang tiada suara,
Tapi air mata banjir.

Tertekan.
Rasa nak jerit keluarkan semua,
Duduk dalam bilik,
JerIt sepuas hati,
Sampai anak tekak terkeluar,
Tiada siapa dengar.

Makin kita besar,
Makin banyak kita simpan sorang-sorang,
Apa boleh buat,
Itu je pilihan yang ada.