The Sun 2

Sunday, 28 September 2014

Tunggu Kering Nanti

Tunggu Kering Nanti

Kau kata mau jahit hati aku yang luka berdarah
Tapi makin kau jahit,makin berdarah...
Jarum itu tumpul
Atau barangkali benang terimpul...
Biar aje luka itu
Kering nanti baiklah tu...  

Bersangka Baik...

Assalammualaikum...


Sangka baik...
'One sentence' yang nampak mudah,
Tapi tak semua orang boleh buat (termasuk aku)...

Bila harini ,
Engkau toleh kanan kiri,
Orang hidup mewah,
Orang hidup megah,
Pasti kau akan bermonolog sendiri,
'Kenapa aku tidak?'

Bila harini,
Engkau lihat,
Orang lain bakal punya kerjaya yang pelbagai,
Lantas kau akan terdetik sendiri,
'Kenapa tidak pada aku?'

Dan bila harini,
Engkau dengar,
Orang lain punya cerita hidup yang mudah,
Sedangkan engkau?
Masih gusar memikirkan khabar apa lagi yang bakal tuhan kirimkan pada esok hari...

Kuncinya mudah,
Bersangka baik lah pada tuhan,
Kerana,
Masing-masing punya "bahagian",
Yang tuhan sudah "setting"kan,

Cuma...
Bila?Bagaimana?Dimana?
Cepat ke?Lambat ke?
Senang ke?Susah ke?
Semuanya masih menjadi tanda tanya...

Tuhan maha adil...
Takkan selalunya bagi engkau susah,
Mungkin disebalik kejayaan seseorang,
Ada pahit jerih yang dia terpaksa lalui tanpa engkau ketahui...
Dan mungkin disebalik kesusahan kesedihan engkau,
Ada manis bahagia yang engkau miliki tanpa orang lain rasa...

Fikir...

Antara ujian nikmat,dengan ujian kesusahan,
Yang mana engkau pilih?
Ujian nikmat yang buat engkau terus alpa...
Atau
Ujian kesusahan yang membuat engkau putus asa?
Bersangka baik lah (husnud zon),
Pada manusia mahupun sang pencipta...

Selagi tuhan mu ada,
Takkan kau tercela...

Be patient,
Good thing will come to those who wait...


Hati...

Hati...

Kadang-kadang susah nak faham hati orang...
Apa yang dia mahu?
Apa yang dia fikirkan?

Kadang-kadang teringin nak tahu,
Adakah kita salah satu yang dipertimbangkan dalam setiap keputusan...

Dekat mana kedudukan kita dalam setiap pertimbangan yang di lakukan,
Sehingga pada suatu tahap rasa putus asa untuk memahami dan di fahami...

2 planet yang berbeza,
Allah temukan keduanya kerana fitrah...

Tetapi terlampau payah untuk memahami 2 bahasa tubuh berbeza...

Bahagia itu definasi kita bukan?

Kita sendiri mentafsir maksud bahagia,
Kita sendiri melukis corak taaa,
Mengapa harus melakar derita,
Sedang itu fitrah,
Sedang itu sunnah,
Sedanh Nabi sendiri tidak mengaku umat,
Pada yang menolak perhubungan dua dunia ini...

Hei !
Apa bahagia itu kau kenal tanpa derita?
Apa harga ketawa itu kau ingat percuma tanpa air mata?

Sabarlah jiwa-jiwa yang kuat,
Kau selalu ketawa,
Sampai kau titiskan air mata,
Mengapa kau lupa saat kau ketawa gembira,
Pada ujian kebahagiaan ini,
Pada sesuatu yang sememangnya bukan kau miliki...

Pada jiwa-jiwa yang tuhan pinjamkan pada kau,
Pada nyawa yang sedang kau kandungkan,
Pada hati yang tertinggal di belakang...

Kini dunia ini bukan hanya kau...kau dan kau,
Kini dunia ini pada dia...dia...dan barulah kau...

Kita menjadi kami...

Friday, 19 September 2014

...

Ade ketika,perlu korbankan perasaan sendiri demi kehendak orang lain.

Ada ketika,org tak hargai pun pengorbanan kita.

Ada ketika,kita menyimpan rasa terkilan demi memuaskan hati orang lain.

Ada ketika org nmpk salah kita,tapi tak nampak puncanya dari mereka.

Ada ketika kita rasa letih di atas semua ini.

Tapi suatu ketika,pasti semua ini ada jawapannya selagi memilih untuk bersabar...




Wednesday, 3 September 2014

Senyum...

Bila kita cuba untuk tersenyum dalam apa jua keadaan yang kita hadapi,
Kita akan jadi semakin kuat...

Dan,
Kadang2 tanpa kita sedar kebahagiaan tu akan muncul tanpa kita sedari...


Tuesday, 2 September 2014

UPU

Hmmm,
Hati rasa terus terobek,
Terobek bila ada sesetengah manusia yang tidak memikirkan perasaan orang macam aku...
(yang x dapat sambung degree)

Bukan aku salahkan takdir,
Bukan aku tak bersyukur,
Aku bahagia dengan apa yang aku ada sekarang...

Cuma,
Jika kamu tidak mampu memberi aku senyuman,
Jangan berikan aku kedukaan...

Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang Rupa-Rupanya Hujan Di Tengah Hari


Hari ni mungkin tak sama dengan esok,
Kita tak boleh menjamin apa2 pon yang akan berlaku esok hari...

Apa yang kita rasa sekarang ni,
Mungkin bukan selama-lamanya...

Apa yang mampu sekarang ni berdoa dan terus berdoa...

Apa yang aku mampu sekarang ni,
Curahkan sebanyak mana kasih sayang yang aku mampu bagi untuk orang2 yang aku sayang dan orang sekeliling aku,
Dan yang paling penting adalah aku nak bahagiakan mereka...

Aku tak mengharap kan apa2 balasan,
Cuma aku berharap ada sinar dalam hidup aku kelak...