The Sun 2

Saturday, 8 February 2014

Jarak bukan satu penghalang...

Assalammualaikum...

" Ambillah waktu untuk berfikir itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah. Ambillah masa untuk bersahabat,itu adalah,itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah masa untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menju syurga. "

Jarak Bukan Penghalang...

Tetapi jarak mematangkan kita,
Mengajar apa erti rindu,
Mengajar untuk diri lebih setia...

Mengajar untuk lebih menghargai,
Mengajar untuk lebih mempercayai,
Belajar untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh...

Ye banyak dugaannya,
Kuat dengan tak kuat je...

Menangis tu lumrah,
Tapi menangis bukan bermakna kita lemah,
Tapi,
Untuk membasuh luka dan memberi kekuataan yang baru...

Apa yang penting bercinta jarak jauh :
1. Percaya pada Si Dia.

2. Setia walaupun jauh.
(Walaupun betapa sunyinya kita jangan sesekali mudah terpedaya dengan kata manis lelaki lain)
" What you give,you get back "
3. Berjumpalah walaupun seketika.
4. Tanya khabar.
(Sibuk mana pon usaha jugak untuk cari sedikit masa untuk bertanya khabar)


p/s: Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah...
Dulu kita dekat,sekarang kita jauh,
Jadikan tu cara untuk jadi lebih baik bukan untuk jadi pemusnah,
Allah jarak kan kita mungkin bersebab,
Sebab Allah nak kurangkan dosa kita dan jadikan kita lebih baik...n


Kerja betul2 ea sayang kat tempat orang,
Kita sama2 kumpul duit untuk kawin k...







Friday, 7 February 2014

100 Doremon Secret Gadgets Expo...


Huh...
Macam-macam nak cerita,
Macam-macam nak kongsi,
Tapi betul la pa orang cakap,
Masa belajar nak kerja,
Tapi bila dah kerja nak belajar...

Baru tahu betapa susahnya nak cari sesuap nasi tu,
Dulu senang je,
Takde duit telefon mak ayah,
Buat2 sedih yang teramat sangat sebab nak mintak simpati untuk dapatkan duit...

Tula kalau kite tak lalui sesuatu tu kita tak kan tau betapa susah untuk dapatkan sesuatu tu...

Bila dah kerja,
Macam-macam yang kita nak,
Tapi macam aku,
Aku tanamkan prinsip,
At least dalam sebulan mesti aku nak dapatkan sesuatu yang dapat aku memuaskan hati aku...

Bukan dengan pergi beli barang mahal-mahal,
Just cukup sekadar pergi jalan-jalan,
At least aku boleh lepas tension sebab penat bekerja...

Aritu aku gi 100 Doremon Secret Gadgets Expo...
Huh best,
Aku puas hati sebab expo ni sampai bulan 3 je,
So aku tak berkira sangat la pasal bayaran die (RM 25 je),
Sebab ni first time ade kat Malaysia...

Sebab mak aku salu pesan,
Kalau dah penat-penat kerja kita kene bagi satu ganjaran untuk diri kita...

Ok,
Kat bawah ni antara gambar masa aku gi expo tu...



































Tengok jela gambar,malas nak explain satu-satu...
Enjoy the picture k..


 Ni video yang kiteorang rakam sebab banyak sangat Doremon kalau nak ambik gambar satu-satu...




Thursday, 6 February 2014

2 Tahun...

Pejam celik,pejam celik,
Dah dua tahun dah usia perkenalan saya dan si dia...

Banyak yang kami telah lalui,
Sedih,gembira,
Semua kami dah lalui...

Alhamdulillah dah 2 tahun usia perkenalan kami,
Banyak yang kami belajar dari kesilapan,
Banyak nasihat yang kami terima,
Semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga...

Dan apa yang kami rancang berjalan dengan lancar dan dilindungi oleh NYA...
Amin...

Apapun,terimalah pasangan kita dengan seadanya diri die,terima seikhlas hati kita,
Hargainya,sayanginya,cintainya,setia padanya,
Dan jangan sesekali mengungkit,
Kerana itu salah satu punca perhubungan itu retak...
InsyaALLAH,kami akan bersatu...

p/s: Sayang,saya bukan yang terbaik,bukan juga yang sempurna,tapi saya ikhlas mencintai awak dan akan berusaha agar kita disatuakn satu hari nanti...

Padahal dah lewat seminggu baru nak update...hehehe...
Sibuk sangat rasanya n nak pegang laptop pon rasa dah susah...
Tapi apa-apa pun saya tetap ingat awak...






Wednesday, 5 February 2014

Secebis tazkirah buat muhasabah kita bersama

####Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. 

 Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar. 

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung. 

 Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. 

 Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. 

Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. 

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. 

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. 

 Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. 
Believe in "Cause &Effect" 

Apa yang ditabur, 
itulah yang akan kita tuai.



Sunday, 26 January 2014

8.12.2013 ( Kuala Lumpur > Selangor > Negeri Sembilan > Melaka )

Jom gi jalan-jalan...
Kami bukan berdua tapi bertiga,
Siapa dia???
Bukan syaitan ea,
Saya, En. Kesayangan n Abang Alif,
Bagus kan kiteorang berdating bawak orang ketiga....
Huhuhuhuhu....

Ok,
Ni pilot saya untuk harini,
Abaikan benda yang macam popeye kat mulut die 2,
Pewangi mulut je tu....

Minggu ni kiterong gi Melaka,
Sebab ade jemputan kat Melaka,
Nama kampung tu pelik sikit Durian Daun Dalam Melaka,
First time dengar nama kampung cmni...

Misi kami yang pertama gi makan kenduri la,
Jimat kan duit,
Huhuhuhuhu...

Pastu ingat nak gi jalan-jalan kat Dataran tapi jalan semua jem,
So kiteorg ambik keputusan gi Pantai Klebang,
Gi pantai pon xde ape pas2 kiteorang gi Muzium Kapal Selam,
Ni la kapal selam 2,
Takde apa yang best sangat pon kat sini,
Tapi okay la daripada tak tau nak gi mana,
Macam kiteorang,
Berjalan tapi tak merancang nak gi mana...


Bila Terpaksa Untuk Berjauhan...

Bila terpaksa berjauhan,
Mula lah hati ni rasa tak keruan...

Aku hanya mengharapkan kesetiaan,agar diriku takkan pernah kau lupakan...

p/s: Saya tak boleh menjanjikan hubungan ini bahagia tanpa masalah,
Tapi apa yang boleh saya janji,
Selagi awak mencuba,
Saya akan sentiasa bertahan dengan awak....


Thursday, 23 January 2014

No Tittle...

Macam-macam nak cerita,
Macam-macam nak cerita tapi tak tahu nak mule dari mana,
Banyak sangat yang nak cerita tapi tak tahu nak cerita macam mana..
 
Ada suka ada duka...
 
 
p/s : Kuatkan hati,tabahkan hati...
Jangan pernah untuk mengeluh,mengalah dan menyalah...
Be strong myself..