The Sun 2

Sunday, 18 August 2013

Takut..

Mungkin ku tak bisa menyatakan
Apa yang terlintas di benakku
Bukan kerana ku tak mencinta
Cuma kerana ku tak mampu menatap matamu

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

Kerna dalam hatiku,
Selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
Kerna aku takut kehilangan dia
Kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini

Tapi bukankah semua rasaku
Sedia kau tahu tanpa ku perlu
Menggapai pena dan menulis
Apa yang ada di hatiku

kerna dalam hatiku,
selalu ada kamu

Tuhan tolonglah ku
kerna aku takut kehilangan dia
kerna aku takut dia kan pergi
Meninggalkan ku sendiri di sini

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai semua kusut ini

Tuhan tolonglah ku
Pinjamkan kembali dia padaku
Pegangkanlah takdir ini untukku
Kembalikan dia seperti dulu

Tuhan tunjukkanlah
Apa yang terukir dalam hatinya
Jalan mana yang harus ku datangi
Agar terlerai kusut ini

p/s: Sayang,ct doakan abang cepat sihat...

Thursday, 1 August 2013

Berbuka Puasa Sorang-Sorang...

Assalammualaikum teman-teman...

Hari ni hari terakhir berbuka dekat KL,
Hari ni jugak berbuka sorang-sorang...

Ya Allah sedih sangat,
Sedih sangat-sangat...
:'(

p/s : Mak Ayah,akak rindu...

Monday, 22 July 2013

Hargai Insan Yang Menghargai Kita...

Hargailah orang yang menyayangi kita... 
Setelah kita juga melafazkan rasa sayang kita pada dia, jangan cuba menyakiti hatinya dia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung blog saya.. Tajuk entri saya kali ini lebih berkisarkan kepada kisah kehidupan di mana jika kita lihat bait-bait kata ini, " Hargai mereka yang menghargai kita" membawa maksud yang mendalam dan tersendiri bagi setiap insan yang menafsirkannya.

Namun, bagi saya cukup mudah jika saya memandang ke arah satu perspektif sahaja iaitu dari perspektif insan yang kita hargai. Yang jelas saya merujuk kepada insan yang kita sayangi yang mana kita tatang bagai minyak yang penuh contohnya rakan-rakan atau lebih kepada insan kekasih yang tidak menghargai kita sebagaimana kita menghargai mereka. Bukanlah maksud saya untuk membawa perkara ini lebih kepada negatif, namun boleh saya jadikan sebagai pengalaman dalam hidup saya sendiri. 

Sememangnya kita tidak boleh mengharapkan apa-apa balasan yang sama kita berikan. Tetapi jika berpaut kepada perasaan, ia sangat mengguris hati yang lemah. Saya berpegang kepada bait ayat ini, "You give more, you get more"... Semakin banyak perasaan yang kita berikan, semakin banyak yang kita terima.. Walau bagaimanapun, kita semua manusia biasa.. Sering melakukan kesilapan.. Saya juga sering melakukan kesilapan.. "REDHA" itu sahaja yang dapat menenangkan jiwa buat insan yang terluka.

Apabila saya berhadapan dengan situasi sebegini, tiada apa lagi yang boleh dilakukan..Hidup mesti diteruskan sebagaimana detik waktu yang tidak akan menunggu kita..Begitulah CINTA.. Kadang-kadang manis, kadang-kadang bak hempedu.. Sabar sebahagian daripada iman, tawakkal dan bersedia menerima apa jua ketentuan yang ditetapkan.... Apa yang penting, sudah tentu ada hikmah atas sesuatu kejadian...

Alah bisa tegal biasa...

~ Sekian buat masa ini ~

Sunday, 21 July 2013

Mintak Barang Orang Macam Mintak Harta Benda Sendiri...

Apa sebenarnya niat kita berkawan dan baik dengan seseorang ???
Adakah supaya kita mudah untuk meminjam barang ???
Atau pun untuk mintak barang kita macam mintak HARTA BENDA SENDIRI ???

Tiba-tiba malam ni jadi makin menyampah sangat-sangat,
Bukan nak berkira TAPI,
Perlu ke mintak barang orang macam mintak barang sendiri...

Beli benda lain boleh tapi kenapa untuk pembelajaran tak boleh nak beli,
Kadang-kadang bila tak terlalu banyak kita memberi kat orang,
IKHLAS tu tak hadir dalam apa yang kita buat...

Tak suka la macam ni,
Ngadu kat mak n mak pun cakap bukan mak tak suka tapi kalau pinjam untuk belajar boleh la,ni lau dah merepek-repek memang tak la...

Kalau buat kerja je satu hari dah boleh siap tapi kalau buat kerja dengan FACEBOOK seminggu pon tak siap....


# Ye saya marah !!! Marah dengan sikap manusia yang macam ni... 

Thursday, 18 July 2013

Rindu sangat nak pakai baju kurung hari-hari...

Bila praktikal kene pakai seluar,


Rindu sangat nak pakai baju kurung...




Sebab banyak sangat baju kurung dalam almari...
^__^

Aku Yang Kabur...

Aku yang kabur dengan harapan,
Aku yang kabur dengan impian,
Aku yang kabur dengan beribu kemungkinan,

Penat , Letih
Semuanya bergabung menjadi satu,
Mengoyahkan semua kekuatan yang sedia ada,
Mengegarkan urat saraf yang ada...

Sedih,
Sedih dengan diri sendiri,
Bukan dengan orang lain,
Ye !!! Dengan diri sendiri....

Waktu berjalan tak pernah berhenti,
Hari demi hari silih berganti,
Minggu demi minggu,
Akhirnya bertukar menjadi bulan...

Penghujungnya semakin menghampiri...
Tapi,
Semuanya masih sama,
Masih kabur dipertengahan...




_______________________________

Fikiran aku sesak,
Dada aku semput,
Demi cita-cita dan tanggungjawab...

One word that I am able to say right know 

Allah maha mengetahui...

:')

Senyum dalam tangis...

Suatu Masa


Bagaimanakan ku mula
Tiadakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua dan ku buangkan jauh
Dari pandangan
Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara kepadanya

Warna warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Apakah kau rasakan apa yang aku rasa
Atau kau tak endah
Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suci ku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima