The Sun 2

Wednesday, 12 February 2014

Don't Judge Me...I Was Born To be True,Not Perfect...

SEDIH SANGAT BACA CERITA NI...
Terima Kasih Sebab Sudi Mengambil Saya sebagai Isteri " Takdir. Seorang pemuda telah berkenan pada seorang gadis di twitter. Bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara. Tak banyak songeh. Dipendekkan cerita mereka pun disatukan. 
Pada malam pernikahan, pengantin baru pun berbicara. 
Isteri: "Boleh saya terus terang?" 
Suami: "Ya, dah suami isteri kan. Apa nak malu- malu." 
Isteri: "Sebenarnya, saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja. Saya jahil dulu. Saya dah cuba berterus-terang sebelum nikah. Tapi, saya dah jatuh cinta dengan awak. Maafkan saya." 
Suami terdiam. Nampak seakan terkejut. 
Suami: "Saya..saya lepaskan awak dengan talak satu. Jangan risau. Saya takkan minta awak bayar semua kos ganti rugi belanja nikah. Saya takkan sentuh awak. Awak boleh duduk di rumah ini kalau awak nak. Saya akan pindah." "Takpe. Hantar saja saya ke rumah mama saya. Saya reda. Saya... tak layak.. berada di sini..." Si gadis menitiskan air mata dalam tutur yang seakan terlekat di kerongkong. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini. Pasrah segalanya. 
Pemuda tidak mampu menerima hakikat dia bernikah dengan bekas penzina. Pada teorinya, pada dalilnya, penzina adalah pasangan cocoknya penzina juga! Dirinya bukan penzina! ** Waktu berlalu. Masa berdetik. Setahun kemudian. Pemuda berada di wad. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ. Hatinya yang rosak telah digantikan dengan bahagian lobul hati penderma. Sejak 5 bulan itulah, beliau berulang-alik stay di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan. Pemuda menonton tazkirah di I-Padnya sambil menanti kehadiran doktor. Seorang tuan guru popular berceramah seputar tajuk 'Zalim', " Pada Allah, hamba itu kesemuanya hina melainkan hamba yang bertaqwa. Masakan seorang hamba dengan angkuh memandang hina hamba yang lain sedangkan dirinya juga seorang hamba hina. Kalau bukan kerana Allah yang memberikan akal pemikiran sehingga mampu berpakaian, mengurus diri, makan dengan teratur dan belajar, sudah pasti hamba itu sama taraf dengan binatang ternakan saja!" Tertusuk seketika kalbu pemuda. 
Tuan guru menyambung lagi, "Misalnya, sering kita baca di dada akhbar kes-kes perceraian. Pada hemah saya, puncanya lebih kepada suami. Kerana sayang seorang perempuan bernama isteri adalah melebihi sayang seorang suami kepadanya. Sifat perempuan adalah menyayangi. Keras seperti batu konkrit macam mana pun, mampu dilembutkan dengan kasih sayang suami. Sebab itu sering kita baca juga, walaupun suami penagih dadah sebagai contoh, masih si isteri setia menanti perubahan suami. Masih sayang pada suami tidak berganjak walaupun pada pemikiran kita tindakan itu gila. Pada wanita, bila ada lelaki ambilnya sebagai isteri itu merupakan suatu rahmat, syukur yang teramat sangat pada Allah. Dia tak jadi anak dara tua. Dia ada tempat bergantung. Isteri cuma mampu bersuami satu." "Jangan zalim. Selagi seseorang itu masih berTuhan, selagi itu ada harapan. Masa silam bukan hukuman. Masa silam adalah pengajaran. Jangan diulang di masa depan. Demi Allah, kita tidak kuat. Kerana Allah, kita harus kuat. Bila Allah sudah pasangkan 'lampu' hidayah dalam hati seseorang, jangan pula kita pergi padamkannya. Disebut dalam hadis Qudsi, 'Aku (Allah) sangat murka ke atas orang yang melakukan kezaliman terhadap seorang yang tidak punya pembela selain Aku.' (HR al-Thabrani) Allah yang membukakan pintu taubat dan pintu Syurga. Mana hak kita untuk menutupnya?" Tup. 
Ditutup terus ceramah itu oleh si pemuda. Malas nak disambung dengarnya. Doktor yang merawat masuk ke biliknya. 
Doktor: "Ada khabar dukacita yang saya ingin sampaikan." 
Pemuda: "Apa ya?" 
Doktor: "Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama, beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah. Badannya yang makin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan..akhirnya minggu lepas, beliau meninggal dunia." 
Pemuda: "Innalillahi wainna ilaihi raaji'un." 
Doktor: "Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu." Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. 
Sepucuk surat dan sepasang baju. Perlahan-lahan dibacanya...

Awak, ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak, baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka-luka jari. Tak pandai sangat. Tapi, alhamdulillah siap juga. Sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita. Awak, mungkin kasih saya ni, awak tak dapat terima disebabkan kisah silam saya. Namun, janganlah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang. Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri. Walaupun tidak sampai 24 jam, awak tetap suami dunia dan akhirat. Maaf bila saya tak sempurna."

Pemuda kehilangan kata-kata. Tumpah seribu air mata.

Saturday, 8 February 2014

Jarak bukan satu penghalang...

Assalammualaikum...

" Ambillah waktu untuk berfikir itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain,itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.Ambillah waktu untuk berdoa,itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar,itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah masa untuk mencintai dan dicintai,itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah. Ambillah masa untuk bersahabat,itu adalah,itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah masa untuk tertawa,itu adalah muzik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menju syurga. "

Jarak Bukan Penghalang...

Tetapi jarak mematangkan kita,
Mengajar apa erti rindu,
Mengajar untuk diri lebih setia...

Mengajar untuk lebih menghargai,
Mengajar untuk lebih mempercayai,
Belajar untuk memelihara dan mengekalkan percintaan jarak jauh...

Ye banyak dugaannya,
Kuat dengan tak kuat je...

Menangis tu lumrah,
Tapi menangis bukan bermakna kita lemah,
Tapi,
Untuk membasuh luka dan memberi kekuataan yang baru...

Apa yang penting bercinta jarak jauh :
1. Percaya pada Si Dia.

2. Setia walaupun jauh.
(Walaupun betapa sunyinya kita jangan sesekali mudah terpedaya dengan kata manis lelaki lain)
" What you give,you get back "
3. Berjumpalah walaupun seketika.
4. Tanya khabar.
(Sibuk mana pon usaha jugak untuk cari sedikit masa untuk bertanya khabar)


p/s: Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah...
Dulu kita dekat,sekarang kita jauh,
Jadikan tu cara untuk jadi lebih baik bukan untuk jadi pemusnah,
Allah jarak kan kita mungkin bersebab,
Sebab Allah nak kurangkan dosa kita dan jadikan kita lebih baik...n


Kerja betul2 ea sayang kat tempat orang,
Kita sama2 kumpul duit untuk kawin k...







Friday, 7 February 2014

100 Doremon Secret Gadgets Expo...


Huh...
Macam-macam nak cerita,
Macam-macam nak kongsi,
Tapi betul la pa orang cakap,
Masa belajar nak kerja,
Tapi bila dah kerja nak belajar...

Baru tahu betapa susahnya nak cari sesuap nasi tu,
Dulu senang je,
Takde duit telefon mak ayah,
Buat2 sedih yang teramat sangat sebab nak mintak simpati untuk dapatkan duit...

Tula kalau kite tak lalui sesuatu tu kita tak kan tau betapa susah untuk dapatkan sesuatu tu...

Bila dah kerja,
Macam-macam yang kita nak,
Tapi macam aku,
Aku tanamkan prinsip,
At least dalam sebulan mesti aku nak dapatkan sesuatu yang dapat aku memuaskan hati aku...

Bukan dengan pergi beli barang mahal-mahal,
Just cukup sekadar pergi jalan-jalan,
At least aku boleh lepas tension sebab penat bekerja...

Aritu aku gi 100 Doremon Secret Gadgets Expo...
Huh best,
Aku puas hati sebab expo ni sampai bulan 3 je,
So aku tak berkira sangat la pasal bayaran die (RM 25 je),
Sebab ni first time ade kat Malaysia...

Sebab mak aku salu pesan,
Kalau dah penat-penat kerja kita kene bagi satu ganjaran untuk diri kita...

Ok,
Kat bawah ni antara gambar masa aku gi expo tu...



































Tengok jela gambar,malas nak explain satu-satu...
Enjoy the picture k..


 Ni video yang kiteorang rakam sebab banyak sangat Doremon kalau nak ambik gambar satu-satu...




Thursday, 6 February 2014

2 Tahun...

Pejam celik,pejam celik,
Dah dua tahun dah usia perkenalan saya dan si dia...

Banyak yang kami telah lalui,
Sedih,gembira,
Semua kami dah lalui...

Alhamdulillah dah 2 tahun usia perkenalan kami,
Banyak yang kami belajar dari kesilapan,
Banyak nasihat yang kami terima,
Semoga jodoh kami kekal hingga ke syurga...

Dan apa yang kami rancang berjalan dengan lancar dan dilindungi oleh NYA...
Amin...

Apapun,terimalah pasangan kita dengan seadanya diri die,terima seikhlas hati kita,
Hargainya,sayanginya,cintainya,setia padanya,
Dan jangan sesekali mengungkit,
Kerana itu salah satu punca perhubungan itu retak...
InsyaALLAH,kami akan bersatu...

p/s: Sayang,saya bukan yang terbaik,bukan juga yang sempurna,tapi saya ikhlas mencintai awak dan akan berusaha agar kita disatuakn satu hari nanti...

Padahal dah lewat seminggu baru nak update...hehehe...
Sibuk sangat rasanya n nak pegang laptop pon rasa dah susah...
Tapi apa-apa pun saya tetap ingat awak...






Wednesday, 5 February 2014

Secebis tazkirah buat muhasabah kita bersama

####Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar jutaan pokok. 

 Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar. 

Kita mempunyai kepala, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat pula makan burung. 

 Waktu terus berputar sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita. 

 Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. 

Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA. 

Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia. 

Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong. 

 Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat. 
Believe in "Cause &Effect" 

Apa yang ditabur, 
itulah yang akan kita tuai.